wah!
bila tngok date entri last, dah 5 bulan saya langsung tak update blog ni
ohh,begitu cepat masa berlalu.
sekarang, hidup saya boleh dikatakan 360 darjah berubah
daripada 6, 7 bulan yang lepas
mana tak nya
syukur alhamdulillah ke hadrat Illahi
Dia yang Maha Berkuasa atas segalanya
memang terbukti, doa adalah senjata terkuat kaum muslimin
umi sudah sihat sepenuhnya
sudah mampu menjalankan tugas seperti biasa
ceria di wajahnya jelas menunjukkan dia bahagia dengan segalanya
(walaupun sekarang tgh berhempas pulas tanda kertas jawapan studentssss..:p)
dan sesungguhnya saya juga bahagia melihat dia begitu.
syukur..hidup kami sekeluarga pulih seperti biasa
:)
oh!
blog saya memang betul2 sudah berhabuk
juga lapuk.
yelah..
saya hanya berceloteh di sini bila terasa ingin mencurah rasa
walhal di dunia realiti,
mulut saya jarang diam dari terus berceloteh..
dan sedar tak sedar,
sebulan lagi saya akan berhadapan dengan final exam..
jujur saya katakan,
hanya pada semester ini saya baru dapat merasakan bahawa saya adalah pelajar undang-undang
(so, sebelum ni, u rasa u ni student course apa zira oi..?)
mana tak nya, xpernah saya jangka
kesibukan akan menjengah hidup saya seawal minggu ketiga bermulanya sem baru
semester ini jugalah saya paling kurang tidur,
(selalunya saya tidur cukup 8-9 jam..hihihi)
semester ini jugalah saya rasa macam nak nanges sbb stress ngan study,
(before this, sy rasa nak nanges sbb gadoh ngn incik chenta hati)
semester ini jugalah saya rasa takut dan keliru di mana arah tuju saya selepas grad tahun depan,
(ni lah akibatnya bila dalam kepala hanya perancangan pasal nak kawen saja.huhu)
dan semester ini jugalah saya rasa hidup saya sebagai pelajar menuntut komitmen sepenuhnya
dalam diari hidup saya jika saya benar-benar ingin berjaya.
semester ini,
matlamat dan keinginan saya
bukan lagi seperti dulu,
bukan lagi ingin kurus,
bukan lagi ingin dating dengan inchik chenta hati saban minggu,
bukan lagi ingin terkinja-kinja menerebos segenap dunia hiburan
apa yang saya inginkan sekarang ialah fokus dan konsentrasi terhadap bidang saya
oh, sebetulnya saya berharap saya mampu.
:)
namun bukan bermakna saya mahu terus menyepi dari gaya hidup saya sebelum ini
saya masih lagi zira yang biasa
cuma mungkin keutamaan saya berubah
first priority saya akan bertukar.
oh, tapi tak semestinya saya akan menjadi zira si nerdy..
hahahahahaha.
>_<
saya masih tetap saya.
saya akan berusaha menjadi yang lebih baik.
InshaAllah..
saya akan berusaha menjadi yang lebih baik.
InshaAllah..
![]() |
| housemate saya kata muka saya macam yaya.:) |
oh, before saya finish kan entri ni, ada satu benda penting yang betul2 saya belajar sem ni. jangan terlalu percayakan orang. tak kisah lah siapa pun dia. saya pernah terkena dulu tapi sekarang saya pun terkena lagi..zira zira..:)..mungkin saya perlu jadi sedikit jahat...hahahaha..-evil laugh-..juat kidding..mungkin kali ni saya tak perlu menyimpan rasa amarah seperti dulu.saya perlu lebih matang..saya sedar, siapalah saya untuk menuntut kejujuran daripada seseorang..dan saya juga tidak berhak untuk menghukum. kerana kuasa menghukum itu ada pada Allah dan sesungguhnya Dia Maha Adil, Maha Mengetahui setiap apa yang berlaku. kehidupan yang berkat itu lebih penting. dan syukur, sekarang saya boleh tersenyum dan sejujurnya saya benar-benar menikmati hidup sebagai diri saya yang sebenar.

No comments:
Post a Comment