Friday, August 31, 2012

lesson learnt (during detox)

assalamualaikum.

hi u ols! pic taken before pegi pasar tani :)

hai. salam jumaat dan selamat hari kemerdekaan buat semua saya ucapkan. seawal pukul 7.30 pagi lagi umi dah mengajak untuk pergi ke pasar tani. katanya nak cari barang dapur. yer! baik umi. tapi dalam hati, sebenarnya saya risau. risau tak mampu tahan nafsu tengok makanan. dah namanya pasar tani, memang harus lah melambak makanan tersedia. tunggu tunjuk dan ambik je. biasanya kalau pergi pasar tani, memang almost 2000 kalori masuk perut ni. itu kerisauan yang pertama. risau yang kedua, takut terlampau penat. tambah2 hari ni dah hari ke3 which is the last day of detox. means dah 3hari saya tak menjamah nasik (dah masuk almost 2 tahun, tak pernah lagi saya tak makan nasi hampir 3 hari berturut-turut, biasanya ada gak ngelat masuk mulut sesudu dua >_<). takut tak tertahan nanti.and.and. time pergi tu, saya tak sempat nak breakfast pun..huhuhu..memang nayer sunggoh..:(..

sebelum pergi pasar tani, kami singgah dulu rumah auntie..she's preparing nasik lemak at dat time yoo..panas2 lagi nasiknya.fuuhhhh..tahan. pelesss tahan..so, sambil auntie, uncle n kakak duk makan, saya n umi keluar jap, pegi kutip cili, terung kat halaman umah..:). sekurang-kurangnya dapat lah bertahan sket.

makcik n pakcik saya memang tanam sikit sayur2 kat rumah dorg.


yg tgh ambik2 cili tu my beloved umi :).
nak tgk besar lagi, kena pegi kebun dorg lah :)


terung! kalau buat kari, mmg one of my fevret.
ok. selesai sudah cerita berkebun. after kakak dah siap makan, kami pun gerak lah pergi pasar tani. foods mmg banyak aah umi beli..untuk adik2 kat rumah, satu bijik burger n satu bungkus nasi campur setiap sorang! kuih muih lak, lepat pisang. pulut panggang, n etc..air soya pon beli. aduh. tak tahannya. nak apam balik, pulut jagung, nak.nak.nak semua! from 8.30 pagi sampai lah pukul 10 pagi duk exercise kat pasar tani, perut saya memang berdendang irama keroncong ntah ape ape dah..so, belilah pisang. saya makan pisang emas sampai 3 bijik woo..bertahanlah..:(..smbil2 muka berkerut tahan lapar, sempat gak saya beli wedges sepasang.weeehuuu!

sebelum ni mmg saya hunt for more flats sbb ankle injured
xleh pakai heels n wedges. tapi kalau dah namanya pencinta kasut tinggi,
memang susah lah nak buang habit tu..kekeke

only in pasar tani, u can get nice wedges at cheap price. RM20! who can resist??

yup! memang sangat berbaloi kan. sbb tu sy grab jugak. sekurang-kurangnya terubat rasa lapar..ok.umi, jom kita balik..nak buat fruit juice lak ni..heee..tapi kan, tak boleh balik lagi rupanya. kena pergi shopping barang nk buat hadiah kawen untuk anak kawan umi petng nanti..lama gak mencari hadiahnya. amik pasu letak. jam dinding letak. last2, amek frame gambar bingkai flora gold dua keping untuk jadikan hadiah. comey jugak. boleh gantung kat umah baru an. gelas, pinggan tu sudah lame..engatkan dah settle bila dah dapat hadiahnya tp p plak ronda bahagian dingin beku. maakkk aiihhh..masuk pukul 12 tengahari,dush.dush.dush.perut macam rasa kena tumbuk. senak dan sebu. memang dah tak tahan sangat nih. dan akhirnya, sambar jugak marina tempura nugget yg promoter duk promote. ambik seketul, masuk mulut, tapi masih lapar. naseb baik dah nak balik..sampai2 rumah, dengan tudung masih di kepala, terus buat fresh orange juice. minum segelas sambil family semua duk bukak nasi bungkus ramai2. untuk saya takdak. (kata detox kan)..hmmm..tapi walaupun dah minum, rasa lapar tu masih tahap tinggi. yer. rasa sangat lapar. last2, dah tak tahan sangat, tambah2 lagi, semua duk cakap,terutama kakak dan umi " ala, dah cukup tiga hari nya detox tu, kan petang before start detox tu dah x makan apa2 dah. so, hari ni sampai pukul 12, kira dah cukup 3 hari lah." haaa.pandai. tapi betol jugak kan? hahaha.dengan perut kelaparan, ditambah dengan segala pujuk dan rayuan, akhirnya saya tergoda. the story of my detox's session ends when saya memasukkan nasik lauk ayam bakar ke dalam mulut (nasik ni kakak saya punya)...ohhhh, nikmatnya! seriusly soooodap! (dorang ckp biasa2 aja). heeee..burger pon sy ngap jugak sikit sorang..hahaha..so, the lesson of the story:

1) jangan skip breakfast
2) jangan paksa diri sangat kalau dah terlampau tak tahan
3) kita akan lebih menghargai sesuatu benda bila kita hilang benda tu (cth: nikmatnya nasik..heee) 

relevan tak pengajarannya? boleh lah kan..jadi, kesimpulannya, detox saya kali ni tak berapa nk perfect sangat lah. tak pelah, bila ada masa, dan cukup kekuatan serta keazaman, inshaAllah, saya akan cuba lagi.
jangan tiru macam detox cara saya.
dah tempang sebelah.
apa2 pon, saya masih gembira.
xdelah gemuk sangat kan?
:)
lagipun, tinggal beberapa hari je lagi nk duduk rumah. bila lagi boleh makan sedap2 umi masak, kan?kan? (ayat penyodap hati.=) ) oklah semua. tata dulu. setakat ini sja celoteh saya untuk hari ini.

assalamualaikum.



saya suka..awak suka tak?

Thursday, August 30, 2012

dugaan berdetox

assalamualaikum semua.
hari ni hari kedua saya berdetox. bangun2 pagi, ya Allah, kenapa lemah sangat ni?.seriusly, nak bangun pon tak larat..tapi gagahkan diri ke dapur. minum air suam 500ml. kuatlah sikit rasa. then, cepat2 pergi solat subuh. siap solat subuh, rasa lemah lagi.saangat lemah sampai terketar-ketar.hm..tak boleh jadi ni. saya ke dapur sekali lagi. cari makanan yg ada.umi dah siap prepare bihun goreng for breakfast (umi mmg rajin masak makanan berat2 waktu pagi2 eventhough kena pergi kerja pukul 7.15. sebab tu lah saya cepat montel kalau di rumah..hehehe).taaapi, takkan lah sy nak sental bihun goreng waktu buat detox. memang sia2 lah usaha saya semalam. so, sy decide nk makan roti high fibre wholemeal. malang nasib sy sbb umi cakap baru je abes semalam. tsk.tsk.tsk. yang ada just roti raisins oatmeal.


oklah dari roti putih biasa an. so, seawal pukul 7pg, sekeping roti oatmeal dah selamat masuk mulut. syukur.tangan dah tak terketar-ketar. xpelah, detox tak brapa nk jadik sngt arini..memang dah tak tahan da..huhuhu..buat awak semua, kalau rasa dah tak tahan sangat, jangan paksa diri, nanti pitam..haa,sapa nk jawab. apa2 pon, sy try jugak arini nak follow the rutin of detox's plan. soo, here are what i consumed through out da day!

upon rising, 500ml air suam, (kakak kesayangan dah siap prepare 2L rooibos tea) :)
as for breakfast (8am), segelas fresh orange

2 biji oren. without sugar. yummeh! :)
 snack (10am) 6 grapes+1 orange+ rooibos tea

kenyang jugak rupanya.alhamdulillah.

lunch (2.30pm) jagung( medim size) 1/2+
raw air kelapa together with da flesh (yummy!)+
rooibos tea
saya makan setongkol je taw.
tea time,6 grapes + 1/2 jagung lagi
+rooibos tea
dinner,orange+ rooibos tea

jam lappy time saya menaip ni dah pukul 8.30pm, hopefully, saya tak mengelat apa2 lagi. semalam pun sy ngelat gak.tak tahan. kecur air liur nengok nugget ayam panas2 baru siap goreng. so, ambik lah gak satu. adik2 pon duk bising. makan lah. makanlah. nanti rugi..jadinya, ngap lah jugak. aduhai. hari ni pon, petang td, auntie datang. bawak kek ala2 secret recipe gitu. semua ajak saya makan. saya cakap taknak. masuk bilik. kurung diri. sampailah kek tu habis semua org makan, baru saya keluar. saadis. tapi demi detox, ku bertahan jua. :(..oh ye! btw, baru je dapat tahu yg jagung sebenarnya tak boleh makan time buat detox..ngekkks sunggoh! buat teman2, jangan makan jagung yer kalau tgh detox. time line nak makan, beres aja. >_<..oklah semua. nanti kita ketemu lagi besok. inshaAllah, nnti sy update detox day 3; the last day..lalalalla..di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan selamat menyambut hari merdeka kepada semua rakan2 dan taulan. nnti tepat pukul 12 malam, laungkan lah MERDEKA yer..jap lagi, sy pun nak join abah n adik2 pergi stadium. sambut merdeka. yeay! inshaAllah. 
tata.
assalamualaikum

saya suka..awak suka tak?

Wednesday, August 29, 2012

detoxification a.k.a DETOX

assalamualaikum semua.
hari ni dah syawal yg ke 11,which means, dah 11 hari perut saya langsung tak berehat dari makan makanan berat. kalau bulan Ramadhan tu at least, adelah specific time untuk usus saya bekerja. memang makan banyak tu tak leh nak elak tapi, perut hanya berkerja keras dari pukul 07.30mlm sehinggalah paling lewat pun pukul 11.30 malam, tu pun kalau ade moreh or keluar makan colek campur as a supper. oh, plus waktu sahur.:)
dan tak dinafikan juga berat badan saya naik bout 2 kg bulan puasa..:(..okay..ini down...org lain lose weight tapi saya gain weight..dah naseb badan.makan mcm heaven bila duk umah kan?kan?
kenaikan berat bdn saya makin serius bila syawal tiba. memang gembira sambut raya. nafsu makan pon melonjak-lonjak.. hari kembali kepada fitrah cik zira yang suka makan banyak. sedia maklum,besties saya kata "bila ahmad albab zira datang, dia makan memang tak hengat donia"..teheee..

dari semalam sy duk jeling2 je penimbang berat digital kat tepi dinding.
nak naik, takut terkezut kena heart attack.
tapi bila pikir balik, 
xboleh nih, kena tahu jugak current weight.
kalau naik total lebih 3.5kg, kena start jaga makan balik.
kenapa 3.5 kg??
sbbnya, kalau berat sy naik lebih dr 3.5kg, BMI sy jadik 23.2
which is not so good for asian.
memang universal BMI, until 25 dah kira ideal.
tapi untuk asian sampai 23 ja.
i read somewhere tapi lupa dah katne..
and.and.and.
as expected! naik 3.8kg kot overall..
fuuuuuuuhhh!
kena diet!fullstop.

jadinya, hari ni, bangun pagi2, dengan bersemangatnya, saya berkata pada diri, kena buat detox dulu ni.
nak tahu more about detox, kenapa perlu detox, silalah berkawan baik dengan inchik google yer,
tp nk dpt overview, click link ni pon boleh, detox~briefly.. :)
inshort kan, detox ni proses bersihkan usus dari segala toksin, lemak dan lendir yang melekat pada dinding usus. lagipun dah lama sangat saya tak buat detox betol2 ni..nafsu kuat sangat. tak mampu. so, harini, memang saya nekad! saya nk buat jugak. at least untuk 3 hari. yer HANYA 3 hari. lagipunn, detox ni mmg konfem dapat lose weight. banyak ngn sikit ja. :)..xcaye? bace lah kat sini. lose 10 pounds in 3days?

here comes day 1!
bangun pagi, sy minum 500ml air suam, then sy prepare 2liter rooibos tea
for breakfast, fresh juice. supposedly perfect combination should be carrot+apple 
tapi sbb karet xdak, so, sy blend epal merah n epal hijau.
my very own apple juice! it's raw garls.
no addition of sugar or etc
:)
 2jam after breakfast tu, sy makan sebijik epal
and, pic below is my lunch.
at first, sy tak brape nk yakin boleh masuk tekak tak ni,
sbb kalau ikut menu kena letak balsamic vinegar, tapi kat umah xde, so sy makan mentah lah.
gulp. 
bismillahirrahmanirrahim.

2biji tomato+epal hijau satu slice+ rooibos tea (approximately 250ml)

lepas makan menu tu (2jam jugak), saya makan epal lagi + tea
then dinner..
yang ni xmakan lagi, tapi hopefully lah dapat stick to the plan.
the menu should be :
Salad of grated carrots (you chose the quantity), fresh lemon juice on taste, salt and a spoon of olive oil. Drink detox tea.

harap2 nya, saya berjaya lah yer.. inshaAllah. kalau succeed, nanti boleh lah update hari ke2 plak esok..:) oklah..kena stop dulu ni.. nak keluar jap..cari stok bahan2 nk complete the menu..
adios amigos! 
assalamualaikum

apples of my day!



saya suka..awak suka tak?

selamat hari raya aidilfiti

assalamualaikum awak semua!
sedar tak sedar dah lebih 3 bulan saya langsung tak jenguk belog ni.. uhhh..lama jugak rupanya. banyak sebenarnya nak cerita.tapi tak terluah dlm bentuk penulisan.sbb tak sempat nk menaip (ceehhh..alasan).
dengan tagline, ini adalah saya. diri saya. hidup saya. ceritera kisah saya, tujuan saya tulis belog ni at first sebagai diari kenangan di masa depan..yelah kan.sape tahu, masa akan datang, anak cucu boleh tgk, dan tahu cerita pasal mak, nenek dia kan..hehehe..besides, belog ni jugak berfungsi sbb food log sy. everyone yg on diet wajib ade food log kn.(time sy rajin n sempat jelah baru update..>_< )

haih.
ape lah sy membebel ni..
sbnya, sy nak ucap 
selamat hari raya aidilfiti. maaf zahir batin 
kepada awak2 semua yang sudi menjenguk belog celoteh zira ni.
mohon maaf andai ade terkasar bahasa dalam mana2 entri yer..
duibuqi pengyou!

selamat hari raya aidilfitri
ikhlas dari saya dan keluarga :)



saya suka..awak suka tak?

Sunday, May 13, 2012

cerita hujung minggu

hohohohoho..awak2..
semalam kan
gigih saya n dua org lagi kawan pecut p ikea pukul 6.50petang
semata mata craving for ikea meatballs uuuu..
haish lah..
hancuss sunggoh diet saya..
naseb lah bila jinnie ahmad albab* menyerang
(*nafsu makan datang membuak buak)
ingat nye nk makan meatballs je.
tapi sampai dua tiga benda pergi ranggos..
hehehehehe..
:)..
hm..
sunggoh.
saya fail..
:(..
bila lah mahu betul2 ada determination ni haa?
*jangan tiru sikap ini yer kalau mahu betul2 sihat kurus*
+_+




meatballlssssss+ chicken wings+ spagetti+ cakes :)







jemput makan kawan2 semua >_<



oklah awak2 semua.. 
nak lunch dulu ni..
heeeee..tata semua.
 wassalam >_<
saya suka..awak suka tak?

Saturday, May 12, 2012

sarapan cara zira

Assalamualaikum semua!
Selamat pagi awk2 dah breakfast belum?
If not yet,silakanlah ambk your breakfast k
its da most vital meal of your day tapi jgnla plak pg makan nasi lemak ayam goreng as your sarapan
berat sangat tu.
Cereals,susu,roti,telur pn da cukup
lunch nanti brulah mkn nasi
=) oh ye!
btw,this is my breakfast for today
taada!
skim milk + 2 slices toasted bread +orange + air kosong :)



and and multivitamin :) 
if bekalan orange abes,
saya just ganti dengan Scott emulsion
:)
roti tu plak biasanya saya letak jem
n kalau teringin,
just spread the kaya or peanut butter there
tapi!
hanya satu sudu kecil saya taw untuk sekeping roti
:)
jangan lebih2..
heeeeeee...
oklah..
till we meet again next time..
kesian buku jurisprudence
duk kat tepi katil
tapi belek pon taadaaak
@_@

tata semua!
sayonara!
wassalam 
 
saya suka..awak suka tak?

Friday, May 11, 2012

KURUS macam saya?? +_+

amboooiiii! title entri memang tak menahan sunggoh kan?
hehehe..
eh2 sebelum tu. lupa plak..
assalamualaikum semua..
pheeewwwww!mmg sangat lama kita tak bersua kan?
huhuhuhuhu..
tetiba terbit rasa rindu.
:)
(perasan macam ramai je org jengok belog nih.*_*)
oh ye..tak cukup masa lah nak melalut..
plus konfem awak2 semua pun tak suka kan?
heeeeeee..
so, terus to tajuk entri..
kat sini sebenarnya saya nak share a lil bit bout apa yg saya makan untuk jadik kurus..
KURUS kah saya?
heeee..
xdelah kurus mana pun sebenarnya.
tak cekeding pon..
awak2 semua decidelah saya kurus ke tak k..


kenangan lama :)


coooomel kan saya?



 
AND AND this is the latest me :)






so, ape jawapan awak2 semua? saya kurus tak? hahahaha 
(tapi tak boleh nak bongkak sangat sebab berat macam nak naik je..ahaks)
therefore, saya memang kena back on the track lah.
kena start balik cara makan saya macam dulu..
apa2 pun..
sila semat dekat jiwa raga.
healthy first. kurus later.
ngengenge
oklah.selesai sudah sesi berceloteh, 
now, saya nak share apa yang saya makan tu dengan awak2 semua
:)
hopefully,
dapatlah membantu serba sedikit.
jom kita togeder geder berdiet secara sihat k..
InshaAllah boleh bagi perut rehat sikit
:)

sarapan (7.30-8.30pagi):
roti wholegrain/wholemeal 2 keping
susu skim 1 gelas
jem/kaya 1 sudu kecil
air kosong

snack(10.30-11.30pagi):
buah (epal/oren/betik/honeydew/tembikai)
air kosong

lunch (12.30 tghari-2 petang):
nasi (brown rice) 3/4 cup
ayam/ikan/daging
sayur (ulam/sup)
air kosong

tea time (4.00-5.00petang):
buah
atau
biskut 3 keping
air kosong

dinner (6.30-7.30malam):
nasi (brown rice) 3/4 cup
ayam/ikan/daging
sayur (ulam/sup)
air kosong 
atau 
bihun sup

oh ye!
time diet nih,
memang mostly "benda" saya substitute taw
tukar kepada yang lebih sihat..
:)
contoh:
minyak masak sawit- olive oil/canola+sunflower oil
beras putih-beras perang
roti putih- roti bijirin penuh
susu tepung- susu skim (of course lah sunlac jadi pilihan :))
telur biasa- telur omega 3
n untuk masak plak..
biasanya saya akan alter2 resepi nya..
kurangkan yang mana tak perlu..
bawang pon letak seulas je..
sebab tu stok bawang saya tak pernah abes..
hehehehe
:)
hmmm..ada lagi tak eh tips2 lain?
oh, time bangun tidur tu (before gosok gigi),
minum lah air 300-500ml
lepas makan plak, after 30 minutes baru minum air k.
:)
(tapi kalau dah tercekik tu, minum jelah..saya tak bertanggungjawab atas segala kemalangan yang berlaku sepanjang awak2 follow tips ni k..hahahaha)
:)
rasanya yang u dulu lah setakat ni..
maghrib pon dah masuk ni..
tata!
adios amigos!
sayonara!
bertemu lagi di lain masa k..
wassalam..

:saya nak start diet ESOK.awak?:

>_<


saya suka..awak suka tak?

Monday, February 27, 2012

M.U.N.G.K.I.N
saya suka..awak suka tak?

Wednesday, February 22, 2012

unproductive day as an attachment student


goodie2 'afternoooon' semua!!
u olls dah lunch ke belum?
bukan apa,
biasanya kalau untuk orang2 yang busy nih,
mana ada sempat nak lunch on time kan?
hikhikhik
jika belum, silalah serbu mana2 kafe, or warung or upgrade sikit,
restoran (konteks:pelajar)
untuk menjamu selera 'hidangan makan tengahari' anda yer..
:)..

zira si gemok!
lunch hour pukul 1 tp 12.30 dah ade dekat kedai..
sila jangan tiru tabiat ini yer
(hari ni exception)
>_<


dont ever ever never skip ur meals ok?
if nak sihat kurus lah.

saya tak kurus..
hihihi..dah weight gain dah ni..
to mas ayu, da houssie yang comel dan selim, nanti kita start diet balik ok?






nak beli spagetti masak malam ni, boleh??
haish..
giler camwhore btolla..
btw, tw miss photographer bie khalidin..
:)
kalau awak2 semua pernah baca blog saya,
konfem awk2 tahu saya buat attachment kat mana kan?
tapi takpelah..
saya sedar, bukan ramai pon yang baca belog ini,
tsk.tsk.tsk.
so, saya bagitahu lagi sekalilah..
saya ni attachment student dekat Mahkamah Tinggi Kota Bharu..
nama saya bla.bla.bla.
rumah saya dekat bla.bla.bla..
teeeheeeee...
oh ye!
berkaitan ngan tajuk entri,
supposedly,
eh bukan,
usually,
kat sini kitorang
(saya dan collegue, bie khalidin)
pagi2 akan masuk chamber
observe TP and lawyers semua
depends pada kes lah..
hari selasa mostly on wills and probate
rabu plak bankruptcy..
thursday, petition for divorce...
itu untuk pagi
petang plak biasanya kitorang akan tengok open court trial
if ada yang bersambung,
or takpun,
files execution
and read casess..
those are indeed interesting.
tapi kan, arini lah hari yang almost unproductive lah
sebabnya, dari pagi lagi kami dok lepak library..
online dan baca buku semata mata..
sampai lah sekarang..
rasa macam offday ja ari ni..
tapi bukan MC ok..
just off seketika dari rutin seharian sebagai attachment student.
huhuhuhu..
tapi tadi supervisor ada gak question on habeas corpus..
so, errr...errrr.errr lah jawabnya..
lalu common sense yang keluar.
naseb jugak ada betulnya..
"legal action in which prisoner can be released from unlawful detention"
then, after that,
kami berdua cabut..
hahaha..
pegi mana?
tuuuu..
those pictures kat atas tu lah..
untuk awak2 sekitar kota bharu,
konfem tahu kami lepak mana kan?
we berdua pergi Parkson..
then masuk Giant..
lunch dekat Deli Cafe..
makan wafer chocolate chips n peanut + sardin puffss
:)

sila abaikan muka saya yang buruk dan comot
 terutama ketika makan.
+_+


oh, nikmatnya kalau macam ni slalu...
hahahaha..
then, bila abes lunch hour,
i.e. extended lunch hour,
kitorang datang balik library,
n saya hupdate lah entri ini..
hahahha..
oh before that kan,
still ada jugak yang berguna kami dapat harini..
satu,
habeas corpus tu,
satu lagi,
ada lawyer mintak kitorang tolong research and cari cases
which provided pasal extension of time to appeal specifically for appeal in chamber.
kenapa?
sbb if ikut rules n regulation,
time limit for application to appeal in chamber hanyalah 10 hari.
different dengan time limit dekat open court which is 14days..
so, we have been 'assigned'
err..
not really..
tapi diminta untuk menolong lawyer itu
to find laws n cases regarding
reasons for delay..
hoohohohoho..
so, kiranya hari kami bukan totally zero lah kan??
hehehehhe..
ok lah awak 2 semua..
mintak diri dulu yer sbb library close pukul 4.30pm..
so,
adios! amigos!
tata..
sayonara
salam
:)








saya suka..awak suka tak?

syukur.masih lagi di landasan

salam semua..
salam ceria buat awak2 semua,
khususnya siswa siswi uitm seMalaysia seperti saya..
hari ni result officially keluar kan?
so, no matter how is it, keep smiling..
at least like me!
hohohoho
(walaupun senyuman saya tak semanis n sechomel awak2 semua.>_<)

senyum.tak perlu kata apa2!
senyum!

tak pun sengih sikit cam gini..hehehe..
those pictures were taken using youcam..
ceeehhh promote!
ok2..back to initial intention of mencoret this entry k..
sebenarnya kan,
dari semalam lagi saya dah cek result saya tu..
of coz lah after 12am kan?
so, berjaga malam lah..
sambil ditemani bonda tersayang 
menanti di depan lappy,
bila agaknya uitm nak send email nih..
and at last, pukul 12.38am,
tunggu punya tunggu..akhirnya yang dinanti kunjung tiba..
dupdapdupdap..
tersangat cuak tetapi eager nak tahu..
jadi dengan lafaz bismillah..
sambil menutup mata..
email itu saya tekan jua..
ya Allah, tolonglah berikan yang trbaik untuk hambaMu ini yaTuhan...
dan sebaik melihat keputusan itu,
air mata ini menitis 
oh,kesedihan atau kegembiraan?
sebenarnya ia lebih kepada kecewa.
kenapa?
kerana wujud satu C+ yang meranapkan pointer keseluruhan saya..
yea..C+ itu untuk subjek Industrial Relation Law..
subjek elektif yang menjadikan jiwa dan hidup saya haru biru seketika dulu
dan
saya tidak malu mengakuinya kerana itu lah yang saya peroleh.
itu hakikat dan realiti yang tak mampu saya ubah..
namun mujur,
ketika itu ada umi yang menyedarkan saya dari rasa kecewa..
umi mengingatkan saya jangan mudah mengalah..
dan yang penting rasa bersyukur itu harus ada.
jangan hingga rasa kecewa itu menjadikan kita manusia tidak pandai menilai.
syukurlah!
sekurang-kurangnya saya lulus semua subjek..
syukurlah!
setidak-tidaknya keputusan saya masih lagi 3pointer and above..
syukurlah!
terima kasih ya Allah,
CGPA saya masih boleh dibanggakan oleh umi abah
walaupun mungkin tidak sebagus awak2 semua..
:)..
ye..syukur ke hadrat yang Maha Kuasa kerana anugerahnya itu..
alhamdulillah..
Ampunkan saya atas kealpaan seketika itu ya Allah..
terima kasih umi kerana kembali menyedarkan saya hakikat sebenar sebuah kejayan..
"Janganlah berputus asa kerana ia bukan akhlak kaum muslimin.
hakikat hari ini ialah impian hari kelmarin, dan
impian hari ini adalah kenyataan hari esok.
kesempatan masih luas dan unsur-unsur kebaikan masih kuat dalam jiwa yang mukmin, 
meskipun ianya tertutup oleh pelbagai kekecewaan dan kerosakan
namun sedarlah,
yang lemah tidak selamanya lemah
 dan yang kuat tidak selamanya menjadi kuat."

alhamdulillah..
syukur atas segalanya..
terima kasih Allah..
terima kasih umi, abah,
keluarga, inchik chenta hati,
rakan seperjuangan..
syukran jazilan buat kesemuanya!





saya suka..awak suka tak?

Saturday, February 18, 2012

cerita dulu-he wrote a poem for me!

salam uollllssss...
sambil2 duk belek2 email,
saya pun bukak lah inbox folder email lama..
dan terjumpa lah sesuatu..
which is sebuah sajak yang ditulis oleh 'somebody'
for sure bukan inchik chenta hati lah..
inchik chenta hati punya ayat bukan macam ni..
huhuhuhuhu..
tersentuh lah jugak baca eventhough mungkin awak2 semua kata
alah, biasa je..
yelah..
sekurang-kurangnya,
saya dapat rasakan keikhlasan dari titipan tintanya itu..
hmm....apa apa pun, itu semua cerita lama..
dan kini saya dan dia hanyalah kawan jauh semata-mata..
bukan sahabat mahupun teman..
kenapa?
adalah ceritanya yang tak perlu diberitahu
teeeeehheeeee...
sbbnya, niat sebenar is ekcelli,
nak share so-called sajak tu
dengan awak2 semua..
that is it!
>_<
tata!

Assalamualaikum..


khas buat gadis bernama hazirah



Ingin aku luahkan,
isi hatiku..
Tetapi...tidak kesampaian,
kelunya lidahku,
tertutup rapat dengan tiba-tiba,
Sewaktu kita bertemu.



Ingin aku tunjukkan
reaksi wajahku...
tetapi..kau tidak mengerti,
hajat di lubuk hati ini,
seorang teman kesepian,
mungkin ada yang menghalang.



kini..
cuma aku saja yang tahu,
hati ini berbelah bahagi,



Niatku suci...
Ingin menjadikan kau
seorang teman...
bersama-sama menggapai mimpi...
menerjah ke langit yang biru..








saya suka..awak suka tak?

selamat pagi +_+

salam semua
>_<
introducing u guys n gals to
OUR bunnies!!

"chumel tak saya?" tanya si bunny kepada saya.
yeah!u r sooooo cute!!


"sedapnya dedaun segar!!borrrrring dah asyik duk munch pellet cokelat semata.mata!"


"hi!saya si Mumu yang patah kaki..huhuhu
but luckily, i oredy can adapt myself with my imperfection.."

morning semua!!

+_+
awak2 semua..
kalau nak tahu,mereka itu saaaangat lah nakal..
if stay in cage, selalu sajer buat bising..
sometimes tu tak menang tangan nak catch balik bila dah terlepas...
heeeeeeeee....
almaklumlah, rumah saya pon ada kucingssss gak..
so, it would be dangerous lah if both bunnies ni duk maen2 without supervision kan?
risau gak nnti bila semester dah start, sapelah nk jaga time 'kuar' jalan2 kat compound..
:(
tapi kerisauan itu dah diovercome bila tanggungjawab itu bakal diserahkan kepada my adiiikkks
:)
untunglah ada siblings ramai kan?
rumah pon meeerrriah!

._<

oklah..have to go first semua!
nak pergi settle kan laundry baju nk pakai p court esok
tata!
salam

>_<



saya suka..awak suka tak?

Friday, February 17, 2012

rindu bila berpisah.

salam semua..
wow!entri first tahun 2012.
:)
eventhough dah nk ujung bulan februari pon..
hehehehe..
berbalik pada tajuk entri,
awak2 semua sure ada gak perasaan macam saya kan?
hadir rasa rindu bila berjauhan dengan sesuatu.
hm..
yup.
itu yang saya rasa sekarang.
sesungguhnya, saya rindu saat itu,
saya rindu waktu itu,
ya!
saya rindu suasana dan waktu belajar..
seriusly!
betullah kata-kata orang..
kita akan rindukan zaman kanak-kanak bila kita mula dewasa..
dan kita akan rindukan zaman belajar bila kita sudah mula memasuki alam pekerjaan..
yup.sebetulnya,
saya hanyalah seorang attachment student;
sedang dalam proses meneroka alam pekerjaan yang bakal saya tempuh pada masa akan datang..
sedang bertatih dan bergelumang dalam mencari hala tuju perjalanan yang sebenar,
masih lagi dalam dilema,
jalan mana yang harus saya pilih..
apakah minat saya yang sebenarnya.
sejujurnya.
dan setulusnya. 
namun saya sudah mula merindui alam kampus..
walhal belum pun lagi sebulan saya berulang alik dari rumah ke tempat itu.
baru kurang lebih 2 minggu saya bergelar attachment student di High Court Kota Bharu..
berada di sana, saya rasakan masih terlalu banyak yang saya tidak arif..
dan saya rasakan seperti belum bersedia untuk memasuki alam pekerjaan.
yer..
ini pengakuan jujur saya..
kadang2 saya terfikir,
mampukah saya bekerja seperti mereka?
kuatkah saya?
gigihkah saya?
jika benar saya mahu menjadi seperti mereka,
saya harus bermula dari sekarang dan tanpa lengah.
di sana, saya bukan belajar substantive atau teori,
bukan juga prosedur seperti mana yang sepatutnya saya belajar dan peroleh di sana..
tetapi apa yang saya belajar lebih kepada nilai kendiri dan dalaman diri sendiri..
dan saya rasakan itu ilmu yang paling berharga yang saya peroleh dari sana
dan lebih dari segala-galanya..
substantive atau teori;
prosedure mahupun praktikal..
saya belajar dalam erti kata sebenar,
jika mahu berjaya, saya harus berusaha kuat,
jika mahu menegakkan keadilan,saya tidak boleh hanya berpandukan kitab2 yang saya telaah semata-mata,
jika mahu dihormati, maka hormati jua lah orang lain,
jika mahu gemilang, ketahuilah jerih payah untuk dapatkan kejayaan,
jika mahu dipercayai, jangan pernah tidak jujur pada orang lain,
jika mahu kepuasan, tekadlah untuk mencapainya..
bermula dari bawah, dan jika berada di atas, jangan sesekali memandang rendah pada yang bawah..
tak kira apa saja impian dan cita-cita saya,
berusaha gigihlah untuk mencapainya..
:)
dan saya tahu
kerinduan saya pada alam kampus akan terubat nanti..
dan saya akan pastikan rasa rindu itu menjadi platform untuk saya lebih nekad mencapai apa yang saya mahukan..
saya masih lagi diri saya..
zira yang sebelum ini..
namun,
saya akan lipatgandakan usaha saya untuk menjadi seseorang yang lebih baik
tak kisah dari sudut apa pun..
itu yang pasti.
yer..
itu azam saya..
azam di tahun baru mungkin?
:)

azam saya tahun 2012:
1)menjadi hamba yang lebih taat kepada Yang Maha Kuasa, anak yang lebih baik kepada ibubapa, teman yang lebih memahami untuk si inchik chenta hati :), rakan yang lebih jujur terhadap rakannya; (conclusion= to be a BETTER person, InshaAllah)
2)mencapai keputusan exam lebih baik dari semester sebelum ni (result exam sem lepas tak tahu lagi nih..yg nih pun cuak...adeeeeh)
2)berjimat cermat (nak buat tabung untuk kawen..heeee...takkan nk guna duit umi abah semua kan?hopefully, dapat lah save kurang2 RM2000 dalam tahun ni.at least guna duit sendiri kan?doakan lah semoga jodoh saya dan dia berpanjangan yer?)
3)maintain my weight!(so, sambil berjimat sambiil berdiet kan?heeee)


hopefully, i can really be a better person in future.
InshaAllah.
do pray for me too yer teman2
:)..
love u olls dearies!
tata
salam...

P/s: saya dah tak diet sekarang.:(..bila dah on diet, nanti saya update menu yer awak2.(macamlah ada orang nak tahukan?teeeheee >_<)


saya suka..awak suka tak?