Wednesday, May 31, 2017

Easy chicken briyani/ Briyani Ayam mudah

Hi semua! 
Time flies so fast kan? Harini dah hari ke5 Ramadhan. Alhamdulillah🙂

Cut the story short, harini sy plan nak masak Nasi Briyani Pakistan untuk berbuka. Nak record video sendiri susah la plak dgn cik kak Aisha Zahra ni. 😬

So, untuk memudahkan korang nk baca ingredients n resepi step by step, sy copy paste kan terus video dr youtube ni haaa..

Lebih kurang je cara masak n bahan2nya. Kalau nk senang lg, boleh guna masala chicken briyani terus. kalau dah ada masala ni, x payah dah letak chilli powder, garlic ginger paste bagai. Semua dah lengkap dlm masala tu. 

P/s: Masala ni dekat Aeon Big pun ada jual. 👌 sy suka guna brand National. Cukup rasa dah


saya suka..awak suka tak?

Saturday, May 27, 2017

Coretan kata. Luahan rasa.

Terkadang terfikir, mengapa manusia tak pernah senang hati atau berbaik sangka dengan manusia lain? 

Mengapa setiap yg dilakukan oleh manusia lain tetap dipertikai walaupun tidak salah?

Bukankah berbaik sangka itu perlu?

Bila sibuk bekerja, terkadang tidak sempat pulang menjenguk orang tua, dikatanya anak tak mengenang budi. Kerja itu bukan segalanya. Duit bukan penentu segala inci. Rasa bahagia, sihat, itu penting.   

Bila berhenti bekerja dan sering pulang  menjenguk orang tua, ditanya nya kenapa tidak bekerja? Apakah tidak difikirkan kebajikan adik2 yg masih belajar? 
Bila lagi mahu berbakti kepada orang tua dgn wang ringgit? 
Rugi sahaja belajar tinggi2 berhabis duit.

Ya Rabbi. Tuhan Pemilik Hati..
Sesungguhnya hati ini kecewa. 
Kecewa yang bukan sedikit.
 Mungkin lukanya sampai bila2 jika Kau tidak sembuhkan. 

Betul. 
Org kata biarkan saja suara airaura negatif itu. 
Tapi sampai bila? 
Saya hanya manusia biasa.
Terkadang emosi juga terusik.

Mahu yg terbaik? 
Apa yg baik? 
Bangga apabila bila ditanya jiran2 tetangga, boleh nanti dijawabnya,

"Oh, anak sy lawyer"
"Cucu kita peguam"
"Sepupu kami doktor"
"Anak saudara cheq pilot". 

Walhal si tuan empunya diri dalam gelojak jiwa, berbaur segala rasa,

Antara suami, anak, keluarga atau kerjaya. 
Bukan tidak mahu mengambil kesemuanya tetapi diri tidak mampu. 

Tidak mampu untuk melihat anak sendiri yang kecil, dijaga orang lain sepanjang hari sedangkan ibunya hanya 3-4 jam sehari.

Tidak mampu apabila tiba di rumah, suami sedang menunggu kerana saban hari tika bekerja, selagi malam belum tiba, selagi itu kaki belum menjejak lantai rumah.

Tidak mampu tika di rumah, emosi tidak stabil, muka masam mencuka, selalu bermuram durja dek kerana jiwa tidak tenteram. 

Tidak mampu bila zuriat yang ditunggu tetapi tidak kesampaian. Menurut doktor, "awak terlalu lasak, sepatutnya bila bleed (berdarah), duduk rumah, bed rest. Lain kali bila pregnant lagi, rest at least 1st trimester". 

Ya, betul Allah yg merancang dan lasak itu hanya asbabnya. Cuma tidak salah kan kalau kita cuba sehabis daya untuk mengelak nya?

Tapi, orang itu tidak mengerti. 

Ditambahnya lagi, 
"Orang lain pun mengandung juga, tetapi masih boleh bekerja, ke sana sini, sihat wal afiat, kenapa nak manja sangat?"

"Orang lain pun ada anak juga, boleh je kerja"

"Orang lain pun ada keluarga, terjaga juga"
.....

Apa org itu lupa? 
Hidup semua orang tidak sama? Aturan Allah itu berbeza?
Perjalanannya juga beda?

Bila dijawab, 

"Biarlah dulu, sy bahagia hidup begini, gembira, boleh luang masa dengan anak, boleh bersukaria dengan suami, bila rasa nak balik tengok umi abah, book tiket flight, terus boleh balik. Nanti bila dah ready nak kerja balik, sy kerja lah"

Tetapi boleh pula ditempelak,

"Kalau hidup tiada matlamat, macam tu la,. Ada degree pun, kalau lama2 tak kerja, nanti semua org pun xnak ambik. Rezeki pun payah"

Saya menjawab lagi,
"Rezeki Allah itu luas. In sha Allah, jika Allah berkehendakkan, Allah akan bagi. Lagipun setakat ini, suami masih mampu. Hidup kami gembira. Malah lebih bahagia daripada zaman bekerja dulu"

Tetapi dibalas, 
"Duit suami tidak sama dengan rasa pegang duit sendiri"

Dan saya pun berlalu. Sudah lelah mahu menjeruk rasa. Biarlah. 
Allah Ya Kareem tahu apa yang terbaik. 

Saya lebih bahagia. 
Saya punya lebih banyak masa bersama anak, suami dan keluarga. Saya ada lebih banyak ruang untuk membaca Al-Quran, solat tanpa tergopoh gapah memikirkan waktu rehat akan habis, berkejar ke sana sini. 


Oh ya, pasal adik2 saya, 
boleh tanya mereka apa yang sebetulnya. 
Takkan lah setiap kali saya atau suami bagi duit pada mereka, saya kena canang satu dunia. 
Itu bermuka muka namanya.

oh, satu benda lagi awk risau,
Ya, saya tidak bagi umi n abah RM600 sebulan seperti yg sy bagi sewaktu bekerja dulu, tetapi sekurang kurangnya sy balik jumpa mereka, belanja barang dapur bila keluar. 
Mungkin bagi awak duit lebih penting, jenguk mak ayah tu no 2.

Tetapi saya terkilan,
 sepatutnya awak lebih tahu, 
mana satu lebih bahagia, 
kerana awak lebih tua, 
awak hidup lebih lama.

Walau apa pun, kalau itu lah yang awak risau,
 saya akan tetap bagi umi abah duit, hatta saya terpaksa bergolak gadai pun jika saya tidak bekerja.
 Jangan risau.

Saya hargai "keprihatinan" awak.  
Jangan risau. 

Tapi saya pohon, 
bila saya sudah bekerja nanti,
Jika saya jarang kembali,
 Jangan kata saya anak tak kenang budi,
Jika saya selalu menyendiri,
Jangan kata saya tidak peduli bahagia sendiri.

kerana bukan kah itu yang awak damba?
Sehingga sakit mata agaknya melihat sy gembira ketawa. 




saya suka..awak suka tak?

Monday, April 20, 2015

Lesson learnt! Allah itu Maha Penyayang.

Assalamualaikum dan selamat petang semua!

Sorry la dah 2 hari tak update blog. Memang kalau weekend je, tak ada mood nak on laptop melainkan sangat99x terpaksa, i rather spent my quality time with our one and only Little Precious Princesss. :)

Alhamdulillah. setelah almost 4hari demam, Aisha Zahra semakin sihat. Syukur. 

u ols nak tahu pasal diet ke? kuikuikui. 
as usual, memang weekend adalah cheatdays saya. bezanya cuma sehari atau 2 hari. macam minggu lepas, minggu ni pun 2 hari jugak. huuu.. rasanya macam dah tak tercapai target saya untuk loss 4kg seblum balik Kota Bharu ni. huhuhuhu.. 

total weight loss baru almost 3kg in 7days dieting (other 4days cheatdays..hehehe) tapi untuk inch loss, i think quite ok la. InshaAllah, esok saya update post letak gambar before n after. it just 3kg, dont expect like i lose 30kg okay? hahahahaaha.. 

Entri kali ni xmaw citer pasal menu.. sebabnya awak2 semua pun sedia maklum saya akan makan macam monster bila tiba time weekend..heeee..

Nothing special happen today, except i KNOCKED somebody's car.hohoho..
Macam malang betul. Dahla rush nak pergi court, sesat sebab tersilap masuk lorong n xleh nk reverse sebab jalan jem, lepas tu tetiba terlanggar kereta orang plak sebab mata duk tgk Waze.hmmm 
semua court documents dahla saya yang pegang. boss dah ada dekat court.
 time realize yg saya dah terlanggar tu, memang cuak la,.takut jadi isu panjang je. 
Dalam hati saya xputus berdoa sambil mulut baca 
"LAAILAHAILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTUMINAZZALIMIN"
Ya Allah, tolongla hambaMu ini. 
Permudahkan lah segala nya untukku Ya Allah. 



Besar sungguh kuasa Allah. saya langgar kereta orang tu, bunyi agak kuat sebab kereta sebelah pun noticed, saya dalam kereta pun boleh rasa inertia dan dengar bunyi baaaaammm tu. 
tapi betapa Allah itu mendengar doa seikhlas hati dari Hambanya yang meletakkan segala kebergantungan hanya pada Allah ketika itu, tidak ada segaris pun calar pada kereta yang saya langgar itu. 
Miracle. 
Tuan Punya kereta sampai berhenti tepi jalan nak check kereta dia disebabkan hentakan agak kuat
 (sy pun of course la stop jugak)
Memang sikit pun xde calar, apatah lagi kemek. 
Alhamdulillah. 
syukur pada Mu ya Allah. 

selepas say sorry, saya pun continue balik drive ke Court,
kali ni saya dah xtengok Waze dah. just pakai gerak hati je. 
selamat sampai n terus dapat parking. 
siapa2 yg selalu pergi Court Jalan Duta memang confirm tahu parking sanggaaat pack n susah nak dapat, 
:)
dan Alhamdulillah, saya sempat sampai right before our turn to appear before the Judge, 
Jauh di sudut hati saya,
ya Allah, pemurah nya Allah. 
Dia masih lagi dengar doa hambanya yang selalu buat banyak khilaf ni. 
Besar nya kuasa Allah.
Hebatnya kalimah2 Allah dan zikir. 

Indeed, Lesson learnt!

okla awak2 semua. 
it's almost 6pm..
Nak kemas barang n balik jumpa Princess!

Assalamualaikum.

xoxo,
Zira 


saya suka..awak suka tak?

Friday, April 17, 2015

Cantik luar, sihat dalam!Jom kurus!

assalamualaikum dan selamat petang awak2 semua. 

dah masuk 3 hari saya tak diet.
 sebab tula xde entri update menu hari2. hehehe..
these 3days means, not so much calories reduction.
 but still within the limit la.
 not more than daily calories requirement.
 Nak selamat, sy makan around 1300 kalori dalam 3 3 hari tu. 

contoh macam semalam. 

breakfast:
disebabkan overslept. kelam kabut nak pergi office, xsempat minum shake Cinch+ESP tu.
 sampai office, saya just makan biskut Jacobs yg memang dah sedia ada dkt office ni.
 2 keping. kalori +-100. 

Lunch:
bila TAK minum shake Shaklee tu, memang akan CEPAT LAPAR.
 saya pun orderla nasi goreng n air suam dekat kedai mamak. huhu.. kalori +-600 kot.
 tapi mahal la dorang charge, Nasi goreng kosong xdak sayur pun RM7..
t_t..

Dinner:
Teh tarik, biskut (sy makan sekeping je) n kek. 
Dinner ni dekat rumah aunty Jasmine. 
Dia dah prepare air siap2 time pergi ambik Princess tu. hehehe..
so, minum ajela.
kalori average +-400

so, total kalori for yesterday 100+600+400=1100

Memang berbeza bila saya ambil ESP+cINCH untuk breakfast dengan tak. 
awak2 semua try la, baru tahu efek dia. betul ke tak apa yang saya cakap ni.
;) 

usually, kalau saya breakfast dengan shake Shaklee ni, memang kalori kurang.
 tapi kena ingat taw,
 kalau kita diet WITHOUT supplemen n makan kalori kurang dr 1000 kalori setiap hari,
 for long term, berat muscle kita yg akan berkurang. which is a BIG NO NO NO!
huhuhu.

tapi dengan Cinch+ESP Shaklee,
 saya tak payah risau eventhough makan kurang kalori sebab most nutrients are there already!
saya makan sikit bukan sebab saya sengaja nak makan sikit, tapi sebab perut rasa kenyang.. hehe.
lebih kenyang n kaya dengan segala nutrients yang diperlukan untuk tubuh badan!. 

contoh nilai kalori untuk menu2 yang saya makan kalau start the day
 (breakfast) dengan ESP+cINCH sHAKE. 

Breakfast= 130kalori (1scoop Cinch Shake+1scoop ESP)
snack=50 kalori (cereal nestle fitness segenggam)
lunch=400 kalori (makan dekat restoran vegie)/roti wholemeal 2 keping+butternut spread
teatime=nil (green tea)
dinner=200 (skim milk+cereal)
total=780kalori. 

walaupun nampak sangat low calories, tapi saya kenyang sepanjang hari.
 kawan2 office pun cakap saya nampak energetic compared than previous time
 walaupun makan sikit. 
 n untuk Nutrisi plak,
 saya sangat confident semua cukup sebab dalam masa yang sama saya ambik Omega Guard, Lecithin untuk pembakaran lemak yang lebih efektif, alfafa n sekali sekala Herb lax
 sewaktu program Diet ni.
hehehe.. 

saya bukan cakap kosong taw. Saya try dulu baru saya berani share supplemen2 ni.
sebelum saya try, sy pun survey2 dan tanya ramai orang samaada produk Shaklee ni ok ke tak.
most of them cakap ok.bukan hanya terhad kepada slimming set saja taw.heee.

Alhamdulillah, bila saya dah try, saya rasa satisfied dengan kesan dia. 
memang rasa berbeza sebelum n selepas guna. 
Syukur. 
;)

Interested?
just Whatsapp/ Telegram 0139206122.
InshaAllah,
 saya guide cara makan harian n cara makan supplement Shaklee dengan betul
sampai awak2 semua capai target nak kurus tu 
:)
jom!kita kurus sama2. 
Cantik luar sihat dalam!








saya suka..awak suka tak?

Tuesday, April 14, 2015

Diari Diet Day 5

Assalamualaikum dan selamat pagi awak2 semua!

Seperti yang dijanjikan semalam, saya dah timbang berat taw..
Setelah 2 hari cheat day yang maha hebat mengalahkan setahun tak makan
 dan 5 hari diet, 2 days without Shaklee, 3 days with Shaklee,
 Alhamdulillah..not bad la..
Dah tersangat cuak dah!
 kot2 lagi naik berbanding sebelum diet sebab makan tak ingat 2 hari tu.
 Tapi nasib baik tak. :)
Okla..sebelum announce berat saya yang tak ringan, saya jot down dulu la apa yang saya makan selepas sesi makan2 yang sakan. 

Breakfast:
ESP+Cinch 
(kalau x minum, confirm saya terbabas makan banyak lagi..hahaha)

Snack:
Kunyah cereal Nestle Fitness&Fruit 
(xsure banyak mana. Tapi rasanya tak lebih 20keping keping2 yg macam Cornflakes tu)

Lunch:
Roti telur
(makan dekat mamak. Tapi tak habis pun sebiji. Perut kenyang lagi)

Tea time:
Cereal Nestle Fitness&Fruit

Dinner:
Baru start rasa lapar.
 Walllaaaa!memang recommend la ESP+Cinch ni.
 Seharian bertahan dengan just makan roti telur n cereal je.
 Bukan sebab tak nak makan, tapi perut rasa penuh..hehehe..
So, untuk dinner, saya makan ayam halia seketul (ayam ni just rebus, letak halia, kunyit, blackpepper, garam), sosej rebus 1, teh ais. Heeee..keeeenyang!

Selain daripada consume ESP+Cinch, saya jugak ambil supplement/vitamin lain dari Shaklee..Lecithin+Herblax+Alfafa. Sapa2 yang interested nak tahu, just pm saya dekat fb or whatsapp/telegram 0139206122.. Jom share experience, problem sama2. inshaAllah, kita try cari solusi nya yer..

Okla. Now tiba masa announce berapa berat saya. Hehehehe..
Initial weight: 58.5 kg
Weight after 5days diet + 2cheatdays (jangan tiru):
 56.7kg..
;)..Alhamdulillah. 
1.8kg. almost 2kg. 
kalau la cheatday sy tu sehari je. Rasanya boleh lose 2kg. hehhe..
Takapa. Ada lagi 10 hari sebelum balik kb. 
Sapa2 yg selalu tgk fb saya confirm tahu aim saya nak lose 4kg sebelum balik kb kan?
 InshaAllah boleh, provided that saya kena limitkan cheatday tu jadi sehari je untuk minggu ni n ada exercise. Sepanjang 5 hari berdiet tu, memang tak de exercise langsung.
 So, it’s time to sweat and get fit!! 55kg, come to me sooon please. 

heeeee..okla..nak continue kerja plak..
Adios amigos!

xoxo,
Zira

saya suka..awak suka tak?

Monday, April 13, 2015

CHEATDAYS (2 DAYS) Sila JANGAN tiru kalau nak KURUS


Hai semua!
Selamat hari Isnin. Monday Blues kah?
 Semalam saya sangat kurang tidur. Huhuhu..:(..
Aisha Zahra dari pukul 4 pagi lagi dah bangun.
She cant sleep. Having fever n flu.
Semua ni gara2 baba bawak Aisha turun semalam n then kena hujan.
Kesian Aisha. Dahla hari ni kena duduk dengan Aunty. Demam plak tuuuuu..
Hujung minggu ni, kita punish baba yer sayang..
Makan banyak. sebelum kena hujan..T_T


Okla. Anyway, 2 hari yang lepas merupakan Cheat Days saya. DUA HARI taw. 
Bukan sehari macam yang disarankan. Heeee…Sila jangan tiru cara saya k..
Akibatnya, bangun pagi tadi, saya takut sangat nak timbang. Takut naik banyak sangat. Mana taknya, weekend ni saya makan overload. So, decide esok baru nak timbang. 

Sengaja tak minum ESP+Cinch untuk 2 hari tu sebab tak nak bagi perut kenyang. 
SENGAJA okay? tak semengah nye lah zira ni. 
Oklah, saya nak jot down menu 2 hari tu kat sini.
 Pleaseeeee JANGAN tiru jika awak2 semua nak kurus!!

Sabtu:
Breakfast (7.30pagi):
Breakfast awal
 Hubby nak makan terus lepas dia balik dari surau after Solat Subuh. Heee.
Sekeping Roti Pratha+Telur mata tabur blakpepper n garam

Snack(9.00pagi):
Dah lapar balik..T_T
Air vitagen+Roti Wholemeal 2 keping sapu Peanut Butter

Lunch (12.30 tengah hari):
Ingat nak tunggu pukul 2 petang, tapi tak mampuuuu..Perut bunyi2 dah. 
Sepinggan Homemade Nasi Briyani ala Pakistan 
(Ayam digaul skali ngan nasi)- dalam 3 senduk nasi kot.huhuhu

Tea time (3.30petang):
Sebab lunch awal, so, tea time pun terlajak awal.heeee..Sambil nengok Hindustan, ngap Aiskrim Tropicana (tgk kalori 70+. Ok kot..hahhaa) n kunyah cereals. 

Dinner (5.45petang):
Sepinggan Nasi Briyani lagi. Memang favaorite saya nasi biryani style gini.
Lebih kurang Nasi Briyani yang kita order dekat Restoran Hyderamaut or any Pakistani Restaurants. Tak menyempat nak tunggu pukul 6.30..
Lepas makan, saya berazam, tak nak ambik any supper dah. Fulstop.

Tapi, lupa lah plak. 
Harini ada opening Restaurant Hubby n Abang dia kt area bawah condo ni.
Gulp. Takkan taknak makan. 
So, first2 tu buat2 sibuk layan guest2 yang datang, tapi end up makan jugak sebab semua duk tanya dah makan ke belum n force suh makan. Haih..

So, untuk 2nd round Dinner (9.30pm)
Nasi putih segenggam + sup daging + lauk pauk 7 jenis,
semua ambil sikit2 untuk tasting ok ke tak menu utk restoran nanti. 
Andddddd TEH AIS.
Selesai Cheat day hari Pertama.

HARI KEDUA

Ahad:
Breakfast (8.45pagi):
2 keping Roti wholemeal + peanutbutter
Milo panas

Snack:
Cereals n orange

Lunch:
Nasi 2 senduk+sup daging (sup ni tapau dari Restoran semalam sebab sedap n saya suka rasa dia. 

Tea Time:
 Chicken Wrap
 (capati+chicken filling with grated cabbage+blackpepper+yogurt+mayonis)

Dinner
Nasi sesenduk+sup daging (mintak hubby tapau lagi)+ayam goreng
Heaven sanggaattttt kan?
Sebab tu la tkutttt nak timbang pagi ni.
 Risau jugak takut sia2 je diet 4-5 hari, tapi berat tak turun malah bertambah..tsk.tsk.tsk. 

Berat sebelum start diet haritu 58.5kg. Lepas tu cheat daysss..then x timbang2 lagi.
Jangan lah naik banyak sangat sebanyak makanan yang masuk please… huhuhuhu..

Harini insafffff..pagi2 lagi dah breakfast dengan ESP+Cinch.
untuk menu harini, saya update esok k?
Berat selepas diet 5hari n cheatday 2 hari pun InshaAllah saya update esok.
stayyyyyyy tuned!

Sayonara!

xoxo,
Zira





saya suka..awak suka tak?

Friday, April 10, 2015

Diari Diet Day 4. Supplement? Saya pilih Shaklee

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum dan selamat petang semua. 

Hari ni lambat sket update entri sebab workload dekat firm. :)



Macam yang sy inform semalam, segala vitamin yang saya order dr Shaklee dah sampai.

So, apa tunggu lagi? Memang dri semalam saya dah start consume Shaklee product. 

ok. straight to the point, saya nak update menu untuk semalam. Dah promised dengan diri sendiri nak makan banyak sikit daripada hari2 sebelumnya. heeee.. 

Breakfast:
Cinch Caffe Latte+ ESP

Snack:
Kenyangg lagi.
 tapi sebab dah cakap nak perbanyak sikit makan, so, sy makan cereal yg Nestle Fitness tu
 (adalah dalam segenggam)
okla dari xmakan langsung kan?

Lunch:
Chicken Wrap.
dalam dia ade chicken slice with blackpepper, tomato, salad, carrot n kubis yg digrated halus.
seeeddaaaap!balik ambik Aisha, terus tanya resepi dekat Aunty.;)

 yang ni Aunty Jasmine (babysitter little Princess) yang prepare.
 Aunty memang slalu bagi foods utk saya bawak ke office. bihun, briyani, etc..kikiki..

Tea time:
Habiskan Chicken Wrap yg xhabis time lunch tadi.

Dinner:
Blurrr nak makan apa.
 so, just makan roti Wholemeal sekeping+telur goreng sebiji (telur saya guna telur Omega 3 yg Nutriplus tu n goreng ngan olive oil ;)), 
then letak sos Nando's sesudu kecik. 

Conclusion, 
Saya kurang selera makan n tak rasa lapar. 

oh ya, saya tak exercise pun. Maybe weekend ni la saya exercise kot. ;)..
Saya just naik tangga instead of lift je kat office. Office just tingkat 3. tu jela exercise saya hari2. hehe..

eh, dah hari ke 4 rupanya. Biasanya kalau saya cakap nak diet, memang tak pernah lebih hari ke 3.
hahaha..Harapnya boleh bertahan sampai balik KB 24/4/2015 la..
ohhh, tak sabarnya.
By the way, esok saya Cheatday, 
plann nak masak Briyani untuk hubby. 
selalunya kalau masak Briyani, confirm saya akan makan sama2 ngan hubby..
Bila lagi nak makan sesama kan?
time weekend aje la..;)

to be honest, 
1st time try Shaklee, saya sangat berpuas hati.
Berbaloi dengan apa yang saya bayar. 
heeee..
lagi 1, saya ni jenis yang kalau saya dah keluar duit untuk sesuatu, memang saya akan lagi bersemangat untuk capai objektif dia.
Contoh: Bila saya dah beli slimming set Shaklee, saya lebih bersemangat untuk teruskan diet ni sampai saya betul2 capai target n kurus macam Mia Ahmad..
:) 
Asal nak give up je, terus boleh cakap pada diri, 
"jangan give up, nanti rugi je dah beli supplement bagai"..hehehhe..
itula saya. 

Anyway, anyone yang interested nak cuba Shaklee ni,
especially SLIMMING SET dia yang bagi saya saaangat berkesan walaupun just baru 2 hari guna,
(in term controlling appetite/kawal selera makan n making u much fuller/kenyang lebih lama than b4)
kesan lain sy tak tahu lagi sebab baru aje guna kan,


bolehlah whatsapp/telegram saya di 013-9206122
InshaAllah, saya cuba untuk beri yang terbaik buat anda2 semua. 
Pasal slimming set Shaklee ni, sy confirm sy boleh consult awak2 semua as to which supplement yang awak2 semua patut ambil..
InshaAllah. tak salah berkongsi kan?
Kita kurus sihat sama2 k?
Lagi satu bulan ni memang Shaklee offer kaw2! utk Slimming Set
Rugi kalau xgarb sebelum habis bulan..:)
Jom!

xoxo,
Zira


saya suka..awak suka tak?