Wednesday, November 30, 2011

diari diet sihat 5

salam semua!
setitip motivasi diet hari ni
:)
ada seorang doktor pernah kata,
" paling susah untuk kita berdiet secara sihat tetapi
lagi susah untuk kita mengekalkan diet tersebut dan
menjadikannya sebagai habit"
yup.
saya sangat setuju.
macam2 cara yang kita kena buat dan lalui untuk menimbulkan kesedaran dalam diri tentang pentingnya diet atau pemakanan yang sihat tetapi sesungguhnya setelah itu ada lagi cabaran baru yang lebih susah untuk kita hadapi iaitu mengekalkan habit diet sihat.
huhuhuhu..
harap2 saya berjaya.
saya tak mahu nanti terkena penyakit tiga serangkai akibat corak dan gaya pemakanan tidak sihat.
mintak2 dijauhkan lah.
InshaAllah
lagi satu,
saya diet bukannya dalam satu hari tu makan epal semata mata.
saya makan jugak makanan berat
tapi kalau dah balik kelas lewat tu, terpakssa lah saya makan makanan 'ringan2' ja.
bukan apa, saya takut makan tak sempat nak hadam..
sebab pukul 9.45, mmg mata saya dah stim.
tanda mahu tido.
kalau tak pecaya, sila tanya houssies saya..
hihihihi
:)
mmg saya lah Juara tido awal.
tapi still, lunch saya makan makanan berat.
saya tak makan nasi time lunch hanya kalau saya lunch dekat kampus.
nak tahu kenapa?
saya tak nak makan lauk pauk yang mmg banyak minyak tu.
kadang-kadang lauk yang jual tu mmg banjir minyak ja.
nak kata minyak turun harga tak dak plak.
huhuhuhu..
so, alternatif choice,
terpaksalah makan benda2 sup ja.
bihun sup ka, ketiaw sup ka, mee sup ka..
tak kisah lah asalkan tak dak minyak sangat.
ok dah zira.
sila hupdate terus menu anda hari ni..
nun, BEL banyak lagi tak baca.
esok dah final test
:(
ok.cut it short,
breakfast 7.45am-susu+biskut kosong 2 keping
snack 9.30am-epal merah
lunch 12.30pm-bihun sup
tea time 04.30pm-sandwich sardin 1set+orange
dinner 06.45pm-nasi(brown rice)-1cawan+ikan cencaru bakar-1ekor+ulam kacang botol 3 batang+air asam


so, total up semua kalori=
breakfast=80+50=130
snack=83
lunch=381
tea time=142
dinner=140+179+30+60=409
total===1145kalori


saya punya daily calori need supposedly 1600+
so, 500kalori less..
kalau nak turun berat badan, macam gini ari2 pon inshaAllah,dalam seminggu  dua minggu
kurang2
dah boleh loss 1.5kg
tapi semua tu depends pada kadar metabolisme sendiri juga..
:)
hm..oklah..
dah kena stop ni..
wish me best of luck kawan2..
:)
untuk esok..
tatttuuuuuutnya
:)

ikan cencaru bakar seksyen 2 boleh tahan sodap nya..
i loike!!
saya suka..awak suka tak?

diari diet sihat 4

selamat pagi semua!
saja saja nak update di pagi hari.
ni saya nak jot down menu diet saya semalam
-selasa-
rupa-rupanya saya baru diet sihat ni 4 hari je..huhuhu..
masuk hari ni (rabu), hari ke 5 lah
ok.dah.
breakfast semalam, 
disebabkan stok pisang dah abes,
so breakfast saya,
susu..
biasanya saya tak minum yang susu tepung segera yang macam Nespray, Fernleaf tu
sebab dari research, susu jenis tu kurang kandungan protein tapi lebih gula.
itu yang saya tahu lah.
susu pilihan hati saya biasanya susu skim Sunlac or kalau stok Sunlac tak ada,
Anlene pon boooleh.
Omega pon sodap...
:)
so, pagi tu, dalam pukul 7.30, saya minum susu segelas-250ml
dan sekarang ni, 
biasanya after minum susu, saya tak makan buah terus.
lagipun sunnah Rasulullah kan ada mentioned, 
tak elok minum susu dengan buah
:)
then, time dalam kelas LRM,
pukul 9 gitu,
saya makan epal merah sebijik,
size L. means, epal tu besauu sebab saya memang lapar
hehehehe.
lagi satu kan, air kosong jangan lupa taw.
jadikan air kosong tu sahabat baik anda!
berkepit lah sentiasa
:)
serius tak tipu,
arini ni pukul 11 saya dah lapar.
memang kena masuk makanan berat lah ni..
saya duk pikir2,
mana nak cari beras perang kat sini.
adussss...
nak balik rumah masak, mana sempat..
12.30 ada meeting..
hm..Cafe Audi plak ada nasi putih.
lauk mostly banyak minyak..
arghhhh...lapar2..
so, sambil duk pikir2 tu, 
kaki saya laju je melangkah pergi dekat Baby K..
park kat DATC
ni kira part of exercise lah.
brisk walking.
:)
Oh, ye!silalah pergi makan dekat Dataran Cendekia.
memang tak de beras peras perang
tapi sup2 ada la.
mmg ada minyak gak tapi tak delah sebanyak minyak yang guna nak masak lauk pauk..
ayam yang masuk dalam tu pun ayam rebus je.
sihat lah tu..
:)
dan disebabkan rasa lapar,
saya pun tebalkan muka,
"akak, lebihkan sikit eh bihun tu"
...................................
memang puas, licin mangkuk bihun tu saya hirup..
syukran jazilan
:)
mungkin faktor utama 
saya berasa lapar hari ni sebab 
dah dua hari perut saya sentiasa saja penuh dengan makanan
haish..kena diajar perut ini..
:)
jadinya, bihun sup penuh2 tu la lunch saya.
then, saya terus bergegas p fakulti balik untuk meeting.
kemudian kelas.dan kelas.
sehingga pukul 6
time interval kelas..
seperti biasa, saya makan buah.
epal satu.limau satu.
sebenarnya time ni boleh je nak substitute dengan benda lain..
contohnya macam roti wholemeal+milo, biskut oat yang jacob tu +susu.
tapi disebabkan kelas,
buah lah benda yang paling senang dan cepat nak makan.
huhuhu..
so, itulah snack pilihan hati saya..
sampai rumah hari ni pukul 6.30..
solat Asar sekejap.
n hupdate blog semalam.
:)..
sambil tu kunyah buah epal lagi.
satu merah.satu hijau.
:)
jap lagi lah dinner..
tapi kan..
sedar tak sedar,
dah pukul 7.30 dah..
hmmmm...tak sempat dah nak masak..
sinki rumah pon tersumbat..
haish..
jadi terpaksa lah dinner buah je..
(jangan tiru menu dinner ini ok?)
takut nanti awak2 semua kelaparan di malam hari..
masuk dapur.
bukak peti
:)

so...itu sajalah menu saya semalam..
tata semua..
salam
:)
saya suka..awak suka tak?

Tuesday, November 29, 2011

~cerita isnin~booo double!

salam semua.
hari ni dah selasa kan..
uh..cepatnya berlalu..
by the way, dalam entri saya hupdate semalam, saya tulis cerita sabtu kan
corection2..
itu cerita ahad.
hehehhehe..
hari pon dah tertukar..
al maklumlah biasanya isnin duk busy ngan kelas.
tup2 isnin cuti,
memang wajar lah lupa kan
hahaha..alasan semata!
oh ye, entri hari ni, saya nak continue cerita semalam,
apa yang berlaku semalam..
which is; cerita isnin!
huish, berbelit bagai lah plak zira ni
:)
ok. ahad kan seharian hang out ngan inchik chenta hati,
sampailah abah call kata abah dah ada kat kl..
so, dipendekkan cerita,
malam hari ahad tu, pukul 8.45 malam barulah saya sampai shah alam.
tu pun selepas face jem tahap gaban n meredah hujan lebat bak topan,
(oh!itu hiperbola)
saya pon terus lah naik umah, ambik barang apa yang patut
then, bergegas pergi kat abah yang dah park kat pintu lif dari pukul 8
maaaaf..ampunn bapak!
huhuhuhu..
abah senyum ja bila nampak saya bawak buah banyak2.
ok abah, ini untuk abah!
then, terus lah drive.
destinasi kami = KL
so, kiranya perjalanan saya hari ahad tu,
shah alam-kl-shah alam-kl.
ok.memang pi mai pi mai tang tu lah
:)
sambungan semalam, saya cakap saya fail diet sihat saya dua hari kan?
kan?
kenapa?
ni dia sebabnya!
malam ahad tu, kan bola Malaysia v Bahrain
apalagi,
tapau ketiaw goreng kerang campur telur mata n mee goreng mamak!
memang marvellouus lah!!!
makan plak pukul 11 malam
11 hokey??
saya punya ketiaw n telor mata tuh
hukhukhuk
then, lepas abes bola,
untuk yang tak tahu,
Malaysia score 2, Bahrain 3
bahrain sumbat 3 gol tu kurang dari 8 minit sebelum abes masa koooot..
huhuhu..
xpala lah..tak rejeki lah tu HM
then, lepas tu, saya mandi lah. n nak tukar baju nak tido kan..
tapi kan..
kan..
bukak2 beg, hanya ada satu shawl saja..
baju seluar sume tak dak!
memang kelam kabut sampai saya sehelai sepinggang ja..
bawak beg galas kononnya tapi yang ada shawl sehelai..
terpaksalah saya menebalkan muka.
abah, kain pelikat n tshirt lebih ado dop?
hahahahahha..
malam tu, memang tu la 'pijama' saya..
:)
tapi still, tido leeeena
maklumlah perut kenyang
tido mengalahkan ular sawa belingkar
ngeeee
ok, sekarang baru nak masuk cerita isnin!
punya lah panjang bebel kan
bukan apa,
saya kalau boleh,
nak engat every moment so that, nanti saya tak lupa.
lagipon, 
ini kan belog saya.
bak kata kat header blog ni
ini adalah saya.diri saya.hidup saya.ceritera kisah saya.
so my discretion lah kan nak celoteh panjang mana..
hahahahaha..

oh, isnin pagi bermula bila abah ajak lepak Low Yatt..
memang tak dinafikan abah ni kaki jalan
dan saya memang suka sebab saya pon suka jalan.
macam dulu, kitorang berdua jalan kaki almost 4km pergi balik dari hotel ke Ipoh Parade.
memang maaaantap kan?
kan?
hihihi..
so, kali ni pon macam tu..
tapi kami tak pergi jalan kakilah
semalam upgrade sket, guna LRT
:)
ni lah abah saya


dah berumur tapi sangat awesome n sporting abeees
:)
sayang abah!

samapi Low Yatt tu,
apalagi kitorg cuci mata lah dengan jamuan gadjet2 depan mata
:)
dan abah pon beli lah satu fon,
which is Samsung Galaxy Wonder!


saya tak beli pape lah.
tapi abah hadiahkan gak charger lappy baru together with bateri lappy
total semua RM260.thanks sangat abah! tak yah guna own money kan.
hihihi
oh ya!lupa before pegi Low Yatt tu,
kitorang breakfast dulu
hohohoho..breakfast saya tu bukan buah dah
ce teka apa dia?
tak pa saya jawab sendiri.
hehehehe..
bf pukul 9 pg, saya makn nasi putih+gulai ayam+sambal sotong.
air teh ais
huh!dasyat wooo
boooo sama zira!booooo!
dipendekkan cerita,
time nak balik dari Low Yatt, hujan menggila
sebagai traveller yang serba kekurangan ni,
kami pon redahlah hujan yang menggila..
huhuhuhu..
yela..
jauh gak dari Low Yatt tu nak p LRT bukit bintang kalau jalan kaki kan.
time kuar dri LOw yatt tu tak hujan lagi tapi time tgh jalan tu hujan lebat tetibe je..
naseb lah kan..
huhuhuhu
ni dia bila dah sampai LRT nearby hotel

nampak tak air tu?
haa..dah banjir kan?
:0

boleh plak kan hujan berhenti time kami dah meredah hujan bagai..
hish..memang ujan ni nak maen ngan kami lah..
:)
then, bila lepas hujan,
paham pahamlah,
perut jadi lapar kan?
so, lepak kedai mamak sana,
pekena teh ais lagi n peria katak sepinggan..
hihihihi
then, balik hotel,
tdo kejap..
pukul 5 abah pon hantar shah alam..
oh ye, tapi before jejak kaki kat Baiduri,
kami lepak PKNS dulu..
waktu tu dah pukul 6..
abah cakap dinner dulu lah,
nak makan apa?
saya laju je jawab,
SATAY!
sooooooooo, pergi lah makan dekat satay Haji Samuri dekat PKNS tu dan
saya makan 15 cucuk kesemuanya
beserta nasik impit satu pinggan
buuuuuurppppp..
alhamdulillah
:)
syukur2..
hihihihihihi..
daripada cerita saya,
dapatlah saya simpulkan diet sihat saya memang fail
sepanjang dua hari tu
bukan setakat fail saja,
punah ranah segala lah..sampai tak leh nak alter dah
huhuhuhuhuhu
n satu lagi,
saya pon dapat ini!

bukan bantal love tu taw.
yang tu 2 tahun lepas inchik chenta hati bagi
terima kasih untuk yang satu lagi
terima kasih juga kerana sangat memahami
anak mu ini.
TERIMA KASIH

time abah anta kat Baiduri, 
serius hati ni sayu sangat
abah pesan,
"jangan kerap sangat keluar taw. kesian atif nak layan nya"
nanti bila dah halal, semua yang kita buat dapat pahala
huhuhuhu..
ok abah, anak mu ini faham nasihatmu itu.
:)
ok, laen kali tak kuar every week dah dengan inchik chenta hati
dua minggu sekali boleh kan?
hihihihi..
:)

mengada!
saya suka..awak suka tak?

Monday, November 28, 2011

boooo sama dia!booooooo!-~cerita sabtu~

salam semua!
hohohohohoho..
nak tahu tak nape tajuk entri cam gitu?
sebenarnya kan,saya dah fail diet siihat saya dua hari ni..
ni semua gara-gara inchik chenta hati dan abah tersayang
ceeeeeeehhhhhh!nak salahkan orang laen plak kan?
btw, tengahari semalam saya keluar ngan inchik chenta hati
plan sebenarnya nak p Mid Valley je..
tapi alih2 p joli kat tempat laen sekali..
semalam dekat rumah saya dah lunch pukul 12.30 tu
makan bihun tomyam.
yang tu dah kira sihat lah.
makan kat rumah sebab mmg nawaitu tak nak makan luar dah..
nak jalan2 je ngan inchik chenta hati
:)
tapi semua tu hanya tinggal angan-angan semata.
sampai2 sana, inchik chenta hati ajak makan.
saya pon menolaklah.
kononnya xmaw makan dah.
dah lunch.
dia cakap oklah kalau gitu tapi dia lapar.
dia ckp,' saya makan, awak tengok saja, ok?'
ok dear. booooleh saja
tapi kan.
saya fail lah.
last2 saya order gak 1/4 roasted pepper chicken
naseb bek makan kat kenny rogers.
sihat lah sket kan?
betooooi ka?
ok.saya tak mahu jawab.
:{
lepas makan, kitorang decide nak p shopping barang rumah inchik chenta hati
:)
so, drive asing2.
saya drive Baby K n ICH drive opel buruk nya
pergi kepong dulu. drive satu kereta je..:)
time si dia drive (time ni dalam kete yang sama)
tiba-tiba, abah call
abah cakap abah dah nak sampai KL dah.
pukkul 7 nanti abah sampai shah alam.
time tu pukul 5.30 ptg
oh abah!!! kenapa buat surprise visit hari ni??
hohohohhohoho
saya cakap lah kat abah, maybe lambat sket..sebab nak teman inchik chenta hati beli barang
naseb baek abah tak marah tapi tanya plak,
nanti balik shah alam sendiri ke atau dengan atif..
sendirila abah, saya menjawabnya
(dalam hati, uish..mintak2 lah abah tak cakap dia nak jumpa atif)
fuuuuhhhhh.lega bila abah kata, takpelah..nanti drive elok2 balik..
:)
saaaayang abah!!!!
heart u sooo much!
inchik chenta hati kat sebelah sengih je sambil drive bila tengok saya gelabah semacam.
hampeeeh la awak ni!
ok.cut it short.dah banyak bebel nih si zira ni.
bila sampai destinasi dituju,
kami pon mulalah membeli belah
:)

inchik chenta hati dah buang misai!
:)

barang2 dapur mula memenuhi troli
:)

tu diaaaaa!
memang hijau troli nih
banyak giler sayur.
fuyyyooooo!


ok.done!
troli dah betol2 overload nih
:)


di kala shopping sambil rushing tu, saya tetap rasa inchik chenta hati sweet sangat.
heheheh..
tiap kali dok ambik barang tu, sempat lagi dia cakap,
"nanti after kita dah kawin, kita beli barang dapur sama-sama kat sini eh syg"
ok b!
adoooiii...gedixxxs sangat kan
hihihihi
btw, barang yang penuh satu troli tu hanya stok untuk seminggu je.
seriusly saya speechless,
ICH stay ngan pekerja dia 4 orang je.
takkan makan banyak sampai lagu tu
tapi pelik lagu mana pon, memang tulah hakikat nya.
:)
tapi kan, arini pon saya malu gak sebab ICH tegur,
"saya tengok awak macam seksa je nak jalan.kasut tu tinggi sangat"
dan saya memang paham, dia nak cakap saya pendek..huh.macamlah dia tinggi sangat
saya pon mencebikkan bibir dan memunjungkan mulut
(sila jangan imagine sebab ini sangat hodoh)
tgk muka saya cam gitu, dia ajak saya pergi kedai kasut nearby 
n taaada!


tak tinggi sangat
tak rendah sangat
:)



thanks sebab memahami b
:)



alaaaa.kasut je pon..
buat apa nak kecoh kan?
huhuhuhu..
maybe orang laen tak kesah tapi saya kesah
:)
at least i know he concerns bout me..
btw, memang seksa pon jalan ngan kasut tinggi sangat.
hehehehe

after beli kasut tu, 
kitorang terus rush.
saya kena ambik kereta dekat kondo inchik chenta hati before balik shah alam..
huhuhu..
abah, mintak sorry taw,,
:(
malam ni jie kuar ngan abah plak..

to be continued........
saya suka..awak suka tak?

Sunday, November 27, 2011

kira jangan tak kira :)

saya dengan baby K :) kamera takdak flash

salam
pertama tamanya, saya ingin mengucapkan salam maal hijrah kepada awak2 semua
:)
semoga tahun baru ini lebih bermakna buat kita dalam memupuk kesefahaman sejagat
dan harapnya segala yang baik pada pada tahun lepas, 
kita jadikan tauladan untuk menjadi yang lebih baik
manakala yang buruk,
kita tolak jauh2 dan jadikan iktibar supaya harapnya kita tidak mengulangi perkara yang sama
inshaAllah.
kerana sesungguhnya apa yang berlaku dalam hidup kita ni adalah pengalaman yang berharga
kita harus jatuh dahulu sebelum berjaya belajar untuk bangun, berjalan, dan kemudiannya berlari.
:)

so, kawan2, apa azam tahun baru anda?
bagi saya, 
saya cuma berharap tahun ini,
saya akan menjadi hamba yang lebih taat kepada perintah Penciptanya,
seorang anak yang solehah yang sentiasa patuh kepada ibubapanya
seorang pelajar yang lebih berjaya dalam bidangnya
seorang kawan yang lebih memahami kawannya
oh, pendek kata,
saya nak jadi seseorang yang pada tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya
:)
eh, jap2.
lupa, azam saya satu lagi, 
saya nak cuba jadi seorang pencinta
yang sentiasa memahami tanggungjawab inchik chenta hati terhadap kerjayanya
:)
i will always support u b!
no worries

ok.itu mukaddimah nya.
sebenarnya dalam entri ni, 
saya nak list kan nilai kalori dalam makanan yang kita ambil setiap hari.
bukan apa, 
semalam dalam entri saya, saya ada mentioned yang 
nilai kalori yang sepatunya saya ambil ialah 1736 kalori.
n then, ada kawan yang pm saya dekat fb tnya mcm mana nak kira dah cukup kalori ke belum.
so, di sini saya lampirkan lah nilai kalori nya
harap2 dapat membantu awak2 semua
dalam lebih menjaga corak dan pola pemakanan seharian.


so, daripada list tu, total up semua jenis makanan yang awak2 semua dah makan

then, kiralah jumlah kalori anda ambil seiap hari.

tak susah pon kan?

:)

kalau kita ambik terlebih kalori, macam mana plak eh?

jawapannya senang, stabil kan lah dengan senaman untuk bakar kalori yang berlebihan tu.

:) 
dan kalau ada antara awak2 semua ni nak turunkan berat badan,
silalah cipta kalori defisit yer.
3500kalori=1kg 
:)


Murtabak/mutton - 1 piece - 722 kalori
Cheese Cake - 1 slice - 400 kalori
Roti Telur & Dhal - 1 piece & 1/2 cup - 414 kalori
Laksa Kari - 1 bowl - 589 kalori
Nasi Lemak - 1 complete - 644 kalori
Mee Goreng Mamak - 1 plate - 660 kalori
Lor Mee - 1 bowl - 383 kalori
Mee Rebus - 1 plate - 556 kalori
Mee/Bihun Goreng - 1 plate - 510 kalori
Kuey Goreng Kerang - 1 plate - 743 kalori
Mee Wantan - 1 plate - 409 kalori
Laksa Penang - 1 bowl - 436 kalori
Mee sup - 1 bowl - 381 kalori
Lor Mai Fun - 1 plate - 422 kalori
Nasi Briyani Kambing - 1 plate - 587 kalori
Nasi Minyak + Rendang Daging - 1 plate - 664 kalori
Nasi Campur + 3 dish - 1 plate - 620 kalori
Century Egg Porridge - 1 bowl - 423 kalori
Nasi Ayam - 1 plate - 600 kalori
Nasi Goreng Biasa - 1 plate - 637 kalori
Nasi Claypot - 1 bowl - 898 kalori
Bah Kut Teh - 1 bowl - 348 kalori
Sotong goreng tepung - 1 small plate - 630 kalori
Sup Krim - 1 rice bowl - 375 kalori
Cheese burger with extra beef - 1 whole - 438 kalori
Fried fish cake with bun - 1 whole - 433 kalori
sundae chocolate - 1 cup - 380 kalori
Apple Pie - 1 piece - 260 kalori
Cheese & meat sauce - 1 small plate - 444 kalori
Sandwich chicken salad - 1 whole - 481 kalori
Pasembur - 1 plate - 752 kalori
Rojak Buah - 1 plate - 443 kalori
Teh tarik - 1 glass - 83 calori (if you take 4 cups a day, it will equal to 1 1/2 bowl rice)
Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
Popia goreng (satu) = 130 kalori
Popia basah (satu) = 95 kalori
Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
Karipap (sebiji) = 130 kalori
Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
Roti putih (2 keping) = 156 kalori
Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
Nugget ayam (satu) = 60 kalori
Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
Burger keju (satu) = 425 kalori
Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Tembikai (sepotong) = 20 kalori
Betik (sepotong) = 45 kalori
Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
Durian (5 ulas) = 64 kalori
Limau (sebiji) = 42 kalori
Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
Nenas (sepotong) = 59 kalori
Epal (sebiji) = 63 kalori
Ciku (sebiji) = 44 kalori
Mangga (sebiji) = 103 kalori

minuman berkabonat 1 tin 285g - 120 kal
minuman kotak 250g - 105 kal
susu tepung penuh krim 1 sudu makan - 33 kal
susu tepung tanpa lemak 1 sudu makan - 25 kal
aiskrim 2 skop- 390 kal
susu pekat manis 1 sudu makan - 71 kal
yogurt rendah lemak 1 cawan - 90 kal
mentega 2 sudu teh - 75 kal
keju chedar 1 keping -58 kal
Rendang Daging ( 4 ketul hidangan) = 355 kalori
Ketupat Daun Palas ( 1 ketul) = 216 kalori
Serunding Daging (100 gram) = 210 kalori
Seunding ayam (100 gram) = 200 kalori
Laksa Utara (1 mangkuk) = 551 kalori
Lemang (6 potong kecil) = 206 kalori
Nasi impit (6 ketul) bersama kuah kacang = 400 kalori
Lontong (1mangkuk berisi 6 ketul nasi impit potongan kiub+ 2 senduk kuah) = 450 kalori
Sate (1 cucuk bersama 2 sudu besar kuah kacang) = 139 kalori


ok lah kawan2, 
kalau ada masa nanti saya hupdate menu saya unuk hari ni.
tata.
salam.
matilah, tutorial criminal tak siap lagi..
gawat gawat
:(

saya suka..awak suka tak?

Saturday, November 26, 2011

diari diet sihat 3

salam semua!
harapan saya:
saya berharap
saya boleh mengekalkan gaya pemakanan sihat selama sekurang-kurangnya 2 minggu..
slow2 lah kan?
hari ni sudah hari ke 3
kalau awak2 semua perasaan,
hari pertama dan hari kedua,
saya tidak mempunyai cukup masa untuk makan malam yang sebenar.
hihihiihi.
macam tak cukup kalori je kan
kalau ikut kalkulator
Daily Calorie Needs,
saya perlukan 1736 kalori per day
hari ni macam mana plak yer?
hohohohoho..
saya rasa macam saya kurang berjaya makan secara sihat lah hari ni.
kenapa?
hmm..
breakfast n lunch saya makan seperti hari sebelumya.
lunch hari ni awal sket, pukul 12,
then pukul 1 sy dah rasa lapar.
pelik nih..
tup2, sambil tgk tv, 
saya dah kunyah biskut tart gulung 3 bijik,
coklat almond saiz besar diut 5 kupang tu sebijik
n kuih ros or kuih loyang 3..
waduh waduh
bikin gawat ini dong
itulah..
betul kata pakar pemakanan,
jangan makan depan tv yer kawan-kawan
huhuhuhu
dan baru sejam yang lepas,
saya makan biskut kering hup seng tu 2 keping n segelas susu
yang ni ok lagi lah kan
just sy terkilan saya pergi munch foods yg tak berapa nak sihat lah
tengahari td
huhuhu
hm..xpelah..
biarkan hari ni jadi pengajaran untuk saya
:)
untuk sedapkan hati, saya cakap, takpe2
hari ni CHEAT day..
hahahahaha..
boleh pulak gitu kan.
oh, btw,
malam ni dinner sy would be laksaaaa utara
:)
inshaAllah..
:)


note for today:
mata kena infection,
exercise tak dak
asyik duk atas katil.
mata sepet sebelah..
huhuhuhu..
ini semua gara-gara pakai lens lambat nak bukak lah..
dah tahu mata sensitif, sampai umah pukul 12 malam, sempat lagi buat kerja lain
1245 baru bukak lens.memang cari nahas lah..
tsk.tsk.tsk
(jangan tiru sikap cuai saya yer..)
ok la..
tata..
salam..
saya suka..awak suka tak?

Friday, November 25, 2011

diary diet sihat 2


gambar ini tiada kena mengena dengan entri
:)
salam semua.
seperti yang saya cakap pagi tadi,
saya nak hupdate menu untuk hari ni plak
:)
kali ni xguna lappy cik pikah dah.
guna own lappy tapi pinjam charger sorang lagi houssie
si Ain.
hihihi..
kesian kan saya.
hukhukhuk
untuk breakfast, saya makan sama je macam semalam,
cuma yang beza,
arini saya pergi jogging
sila tepuk tangan untuk diri sendiri.
yeayyy!
then lepas tu, baru saya breakfast
kalau tak silap saya,
if kita nak buat kardio such as jogging, better kita exercise dulu baru breakfast.
:)

ni after dah siap jogging
oh.nikmatnya minum
:)
breakfast saya seperti semlam,
bila smpai rumah,
sambil duduk2 sembang,
saya makanlah sebiji pisang cavendish.
ala..yang dalam previous post tu.
then sejam lepas tu, 
makan telur half masak,
tapi tadi dah terlebih masak dah.campur ngn blackpepper
telur kalau nak makan telur ayam biasa, jangan makan hari2 taw..
nanti paras kolestrol naik.
memanglah nampak je kat luar kurus, 
tapi kalau cara makan mengalahkan atlet bina badan,
silalah rajin2 pergi cek kandungan kolestrol dalam badan yer
kalau normal,alhamdulillah
kalau tidak, segera lah berbuat sesuatu
:)
bukan apa..
orang kurus, tak semestinya kolestrol rendah..
kalau dah makan telur sehari sampai 4 biji, cukup seminggu dah jadi 28.
kalau telur ayam biasa, memang tak tipulah kadar kolestrol dalam badan akan meningkat.
jadi beralihlah kepada pilihan telur yang lebih sihat
telur memang banyak khasiat dan sumber protein yang paling mampu milik
cuma pilihan je berada di tangan kita
cehhhh..
rasa macam jadi promoter telur lah pulak.
:)
tapi apa salah nya kalau benda tu untuk kebaikan semua pihak..
iya dok?
pilihlah telur yang mempunyai kandangun kolestrol yang rendah dan
 nilai omega yang tinggi ye kawan2
nak makan hari2 pon takpe.
inshaAllah selamat.


inilah telur pilihan hati saya
nnti next time saya cuba buat comparison dengan yang lain

ok, now, move on to lunch
lunch saya pukul 12.30.
kalau semalam saya masak bihun sup, hari ni
menu saya adalah.......
sila lihat gambar di bawah:)

nasi (brown rice) + ayam
(bakar sendiri) + sawi rebus?

hahaha..ayam n nasi boleh masuk tekak tapi sawi tak
kenapa?
huh.pahit.tak sedap..
niat di hati memang saya turun dekat tempat mak cik jual
kat bawah
nak beli ulam kacang botol.
memang feverit tu..
tapi, malang plak, xde ah..
sedih taw..
tak boleh jadi nih.takkan makan tak dak sayur kan?
saya konon2 nya nk buat eksperimen lah kan
nak rasa lagu mana sawi rebus ni
cik pikah plak rebus brokoli
boleh plak buat comparison kan?
hihihi
last2, saya boleh makan satu helai je daun sawi tu then terus surrender.
tak sanggup mak.
huhuhuhu..
terpaksa  mintak brokoli si afiqah sket
so, conclusion daripada aksperimen tadi,
kalau nak makan sayur rebus, silalah pilih brokoli berbanding sawi.
hahahaha.
tu untuk lunch, then baru sekejap tadi saya dah makan sebiji epal as a snack!
ok lah kawan2..
kena pergi solat Asar dah.
malam ni nak nak pergi tgk teater muzikal
dekat Dewan Agong Tuanku Chansellor UiTM Shah Alam
tak tengok lagi pon dah tahu best.
klik lah kalau nak tahu apa ni
hihihi.
kalau sempat, nak buat review lah
:)

tata semua
salam

kepoyooan jelas terserlah
weeeel done zirah
:p


saya suka..awak suka tak?

diari diet sihat 1

salam kawan2 :)
basically, entri kali ni saya nak cerita pasal
my healthy eating lifestyle.
healthy kah??
hihihi.
pertamanya, berbanyak terima kasih saya ucapkan kepada
one of my besties,
cik afiqah kerana sudi meminjamkan lappy nya kepada saya
:)
charger lappy rosak.xleh nak on pon.
saaadis kan
:(
ok.dah.tak payah nak terpesong benda lain yer zira
now, saya nak mulakan dengan breakfast,
breakfast ni penting taw.
ada research yang shown,
org yang tak consume breakfast, 50% tendency untuk jadi murung, tak bermaya
n boleh mengundang kepada masalah kesihatan yang lain,
salah satu nya, KEGEMUKAN.
iya ke?
sila browse untuk dapatkan lebih info ye kawan2.
:)
pastu, kalau BRUNCH macam mana plak?
ntah la tapi itu yang slalu saya buat.
ngeeee.
so, starting from today, saya try nak makan 5 times a day
tapi dalam portion yang kerap.
cara makan macam ni bukan sahaja boleh betulkan sistem pencernaan kita
malah juga boleh meningkatkan kadar metabolisme dalam badan..
waaaah!impressed tak?
hahaha..
biasanya, kita mmg tahu fact ni tapi malas je nak buat
sapa stuju, angkat tangan sorang2..
>_<
btw, breakfast saya semalam ialah..
taaada
pisang :)

pisang ni untuk breakfast pukul 8-9pg.
pukul 10-11pg, saya makan plak telur separuh masak campur black pepper..
hoooyeeee!
lunch saya pukul 12.30tghari,
ni dia.

bihun 'sup' masak sendiri  

:)
seimbang dah ni kot.
ada protein, karbohidrat, serat n vitamin
nak resipi tak?
hahahaha..perasaan giler cik zira nih
btw,
cara nak buat mmg simple sangat lah.
mula2 tumis bawang putih n bawang merah
time tumis tu, saya guna satu sudu kecik minyak je.
then bfore bawang tu hangit, saya cepat2 masukkan air sikit.
maybe nampak macam oily sbb time tumis tu b4 naik bau,
saya dah masukkan air sbb taknak bagi bawang hangit.
bila nampak macam bawang tu dah kuning2,
saya masuk kan hirisan ayam
tunggu kejap dengan api perlahan supaya isi ayam masak,
lepas tu saya masukkan serbuk lada hitam n serbuk cili siket sbb nak kasik pedas
n garam satu sudu kecik gak or secukup rasa sesuai ngan selera anda2 lah
last skali,
saya masukkan sayur.
kejap je taw.
xmaw bagi nutrient sayur tu hilang ok.
haaa. da siap.
bihun mmg da rendam dari pagi.
itulah lunch saya.
lepas makan semua, saya bersiap nak p kelas lah.
pagi ni mmg nasib baik gak la kelas cancel.
hahaha..
bukan apa, dah tiap2 hari kelas pukul 8pg
huhuhu
nak p kelas tu, saya make sure dalam beg saya ada some snacks
n da best snacks are fruits!
so, saya bawak 2 biji epal pergi kelas.
time interval kelas, dalam pukul 4ptg, saya makan sebijik
after kelas pukul 6,
saya makan lagi sebijik.
supposedly, time ni dah boleh nak prepare dinner
tapi tu lah
tapi arini tak syok sketlah sbb kelas siang n malam xda gap sangat
terganggu waktu dinner.
huhuhuhu.
sampai umah dah pukul 6 lebih.
penat..rehat jap.
mandi.solat.
tup2
dah pukul 7.30.
kelas pukul 8.
hmm..
so, semalam,
saya punya dinner light lah..
huhuhuhu..
tu pun dah lewat,
pukul 8 time nak tunggu lecturer masuk,
saya makan lah sebiji epal dan pisang.
kalau tak makan nanti takde energy plak kan..
:) 
balik umah pukul 10 lebih, terus beradu
:)
goodnight peeps!

hihihihi..untuk menu hari ni, nanti saya hupdate
malam ni or pagi esok.
depends bila ada orang murah hati 
nak sponsor lappy
hahahaha
bye2 kawan2..
:)



saya suka..awak suka tak?

Wednesday, November 23, 2011

eat+makan=hidup

saya bukan doktor
saya juga bukan pakar pemakanan
tapi saya tahu,
tak perlu jadi doktor atau pakar pemakanan untuk tahu benda ini:
saya akan dapat penyakit tak kira jangka pendek atau panjang
kalau saya makan banyak benda berminyak,
kalau saya makan banyak makanan segera,
kalau saya makan benda banyak lemak
takpun kalau saya makan banyak sangat benda manis
dan memanglah semua tu kehendak yang Maha Esa dan Maha Kuasa
sama ada saya kena penyakit atau tidak
tapi tak salah kalau kita ambik langkah pencegahan untuk sentiasa jaga kesihatan badan
malah juga dituntut oleh agama.
salah satu tuntutan maqasid syariah lagi tu;
sayangi diri dan nyawa anda.
saya nak guna tubuh badan saya ni untuk jangka masa yang lama,
bukan sekadar setahun dua,
malah berpuluh tahun lagi 
jika diizinkan oleh Allah yang Maha Penentu segalanya.
InshaAllah
:)
jadi, bila kesedaran datang membuak-buak,
(harap-harap bukan hangat-hangat taik ayam je)
time lunch hour, dengan gigihnya saya berkejar ke Giant
ditemani oleh 2 org besties lah
padahal petang nya saya masih ada kelas lagi.
>_<
so, end up,
saya decide nak change saya punya eating style.
ke arah yang lebih sihat lah.
doktor pernah kata,
kalau boleh, gantilah beras putih dengan beras perang,
so, saya belilah beras perang.
organik punya lagi tu
harap-harap bolehlah tekak ini menelannya
then, minyak masak biasa saya tukar dengan minyak jenama carotino
saya ambik yang campuran canola dan kelapa sawit
daripada sumber yang boleh dipercayai, minyak jenis ni consists of lemak monotepu yang berkhasiat untuk kesihatan.
dan sebab tu jugaklah saya beli.
:)
mahal sikit tapi takpela.
1kg=RM11
kalau makan set McD Big Mac pon RM11 gak
hehehhehehehe..
then, telur plak, saya ambik yang LTK Omega 3
oh, saya pon beli gak segala rempah, black pepper, jintan manis, jintan putih, cengkih, dan serbuk cili
semata-mata nak perap ayam..
konon nak buat ayam panggang or bakar lah kan
hahahaha
entah tercapai ke tak tak tahulah.
last but not least, 
saya beli buah epal dan pisang
epal untuk kurus
pisang untuk bijak.
hahahaha.
tak percaya?
silalah browse kelebihan pisang.
makan pisang boleh menajamkan daya pemikiran
kandungan potassium yang tinggi dalam pisang boleh buat kita makin peka terhadap sesuatu.
so, pilihlah, nak bijak ke tak.
hahahahaha
total sume2 tu, =RM 60+.
oklah tu expenses makan seminggu.
bak kata ekin, houssie kuh,
"takpelah jie, kesihatan tu tak boleh dibeli"
:)
jadi, kalau lepas ni tak nampak saya makan dekat kafe or makan fastfood,
silalah jangan pelik yer.
saya tengah berusaha nak makan secara sihat nih
doakan saya berjaya taw kawan-kawan




hidup kena ceria.betol dok?
good luck jirah!
saya suka..awak suka tak?

Tuesday, November 15, 2011

bila bosan

si booolat!


pagal larkhi!


afiqah yang cantik pon turut berjangkit

cube teka saya buat apa?

time ni kami menyorok dalam gua

tolonglah bagi hidayah ya tuhan
saya suka..awak suka tak?

senyum, tak perlu kata apa-apa

dalam hidup kita seharian,
ada terselit duka dan juga tercatat suka
:)
yup, sedih gila semalam gaduh kaw2 teruk2 dengan inchik chenta hati
huhuhuhu
(nasib baik petang tadi dia dah ok)
:)
alhamdulillah.syukur.
dia memang berhak untuk marah


saya n inchik chenta hati selalu lepak sini
gambar ni saya ambik
dari luar rumah ICH.
hm..kami gaduh semalam pon di sini lah.
dan di sinilah juga tempat first birthday saya celebrate ngan
inchik chenta hati.
:)
oh ye,
lupakan seketika pasal episod sedih itu.
saya nak membebel pasal benda lain ni
pukul 11.45 pagi, saya masih lagi di Kota Bharu,
menunggu dengan sabarnya saat berlepas.
hujan dan awan mendung buat saya takut
yelah..dekat awan, apa2 boleh jadi..
semua tu kuasa tuhan,
saya ni cuma mampu berdoa


hujan kan?..sejuk dan cuak


langit pon gelap.


tapi tanpa saya sangka,
penerbangan hari ini,
penerbangan yang paling best pernah saya rasa sepanjang 3 4 kali naik flight dalam semester ni.
nak depart smooth, landing pon lagilah smooth sampai boleh kata tak rasa apa2..
time dekat ats tu,
saya senyum je..
bila masuk awan tebal putih,
saya berangan jadi snow white.
putri salju yang cantik dan putera idamannya
7 orang kerdil yang sentiasa ceria dan setia,
serius, tak tipu, bentuk2 awan yg unik itu buat fikiran sya mengelamun jauh
(nak snap pic xboleh lah plak.
saya tak mahu fon saya jadi pengganggu radar nanti.oh, mintak simpanglah)
then, bila masuk tompokan awn hitam, dunia rasa gelap,
seakan si puteri salju sudah termakan epal beracun
semata-mata kerana rancangan jahat si ibu tiri..
oh zira! jauhnya imaginasi anda.
ahaks:)
yer..mmg itu saya :)

OH, btw, pilot semalam hensem sanngat!!
nama dia kapten Louis,
patutlah smooth je flight...
(hahahahaha, relevan kah??)


saya suka..awak suka tak?