Friday, February 17, 2012

rindu bila berpisah.

salam semua..
wow!entri first tahun 2012.
:)
eventhough dah nk ujung bulan februari pon..
hehehehe..
berbalik pada tajuk entri,
awak2 semua sure ada gak perasaan macam saya kan?
hadir rasa rindu bila berjauhan dengan sesuatu.
hm..
yup.
itu yang saya rasa sekarang.
sesungguhnya, saya rindu saat itu,
saya rindu waktu itu,
ya!
saya rindu suasana dan waktu belajar..
seriusly!
betullah kata-kata orang..
kita akan rindukan zaman kanak-kanak bila kita mula dewasa..
dan kita akan rindukan zaman belajar bila kita sudah mula memasuki alam pekerjaan..
yup.sebetulnya,
saya hanyalah seorang attachment student;
sedang dalam proses meneroka alam pekerjaan yang bakal saya tempuh pada masa akan datang..
sedang bertatih dan bergelumang dalam mencari hala tuju perjalanan yang sebenar,
masih lagi dalam dilema,
jalan mana yang harus saya pilih..
apakah minat saya yang sebenarnya.
sejujurnya.
dan setulusnya. 
namun saya sudah mula merindui alam kampus..
walhal belum pun lagi sebulan saya berulang alik dari rumah ke tempat itu.
baru kurang lebih 2 minggu saya bergelar attachment student di High Court Kota Bharu..
berada di sana, saya rasakan masih terlalu banyak yang saya tidak arif..
dan saya rasakan seperti belum bersedia untuk memasuki alam pekerjaan.
yer..
ini pengakuan jujur saya..
kadang2 saya terfikir,
mampukah saya bekerja seperti mereka?
kuatkah saya?
gigihkah saya?
jika benar saya mahu menjadi seperti mereka,
saya harus bermula dari sekarang dan tanpa lengah.
di sana, saya bukan belajar substantive atau teori,
bukan juga prosedur seperti mana yang sepatutnya saya belajar dan peroleh di sana..
tetapi apa yang saya belajar lebih kepada nilai kendiri dan dalaman diri sendiri..
dan saya rasakan itu ilmu yang paling berharga yang saya peroleh dari sana
dan lebih dari segala-galanya..
substantive atau teori;
prosedure mahupun praktikal..
saya belajar dalam erti kata sebenar,
jika mahu berjaya, saya harus berusaha kuat,
jika mahu menegakkan keadilan,saya tidak boleh hanya berpandukan kitab2 yang saya telaah semata-mata,
jika mahu dihormati, maka hormati jua lah orang lain,
jika mahu gemilang, ketahuilah jerih payah untuk dapatkan kejayaan,
jika mahu dipercayai, jangan pernah tidak jujur pada orang lain,
jika mahu kepuasan, tekadlah untuk mencapainya..
bermula dari bawah, dan jika berada di atas, jangan sesekali memandang rendah pada yang bawah..
tak kira apa saja impian dan cita-cita saya,
berusaha gigihlah untuk mencapainya..
:)
dan saya tahu
kerinduan saya pada alam kampus akan terubat nanti..
dan saya akan pastikan rasa rindu itu menjadi platform untuk saya lebih nekad mencapai apa yang saya mahukan..
saya masih lagi diri saya..
zira yang sebelum ini..
namun,
saya akan lipatgandakan usaha saya untuk menjadi seseorang yang lebih baik
tak kisah dari sudut apa pun..
itu yang pasti.
yer..
itu azam saya..
azam di tahun baru mungkin?
:)

azam saya tahun 2012:
1)menjadi hamba yang lebih taat kepada Yang Maha Kuasa, anak yang lebih baik kepada ibubapa, teman yang lebih memahami untuk si inchik chenta hati :), rakan yang lebih jujur terhadap rakannya; (conclusion= to be a BETTER person, InshaAllah)
2)mencapai keputusan exam lebih baik dari semester sebelum ni (result exam sem lepas tak tahu lagi nih..yg nih pun cuak...adeeeeh)
2)berjimat cermat (nak buat tabung untuk kawen..heeee...takkan nk guna duit umi abah semua kan?hopefully, dapat lah save kurang2 RM2000 dalam tahun ni.at least guna duit sendiri kan?doakan lah semoga jodoh saya dan dia berpanjangan yer?)
3)maintain my weight!(so, sambil berjimat sambiil berdiet kan?heeee)


hopefully, i can really be a better person in future.
InshaAllah.
do pray for me too yer teman2
:)..
love u olls dearies!
tata
salam...

P/s: saya dah tak diet sekarang.:(..bila dah on diet, nanti saya update menu yer awak2.(macamlah ada orang nak tahukan?teeeheee >_<)


saya suka..awak suka tak?

No comments:

Post a Comment