Pertamanya, sy ucapkan selamat berpuasa terutama kepada semua muslimin dan muslimat.Alhamdulillah, hari ini sudah 9 hari kita berpuasa bagi yang berpuasa penuhlah..;)
Saat saya menjengah kembali details di laman muka buku, baru saya sedar sudah hampir setahun saya biarkan blog celoteh zira ini berhabuk.
Ya, hampir setahun.
Mungkin kerana kekangan masa sebagai mahasiswi ijazah undang-undang yang menuntut sebahagian masa 24 jam saya atau mungkin juga kerana pelbagai fasa hidup yang baru yang saya jalani kini.
Dalam tempoh hampir setahun ini, pelbagai perkara yang berlaku.
Sekiranya awak2 semua mengikuti perjalanan blog ini, pasti awak2 semua cukup kenal dengan satu2nya chenta hati saya.my one and only pengarang jantung.dan alhamdulillah, saya akhirnya menjadi suri yang sah kepada inchik chenta hati setelah pelbagai cabaran dan halangan yang terpaksa kami tempuh.
Ya, typical malaysian mentality; all foreigners are bad.semua kaki penyangak, semua kaki tipu..namun alhamdulillah, sepanjang mengenali inchik chenta hati selama hampir 4 tahun, selain umi dan abah,dia lah yang telah banyak memberi sokongan pada saya, saat suka mahupun duka, dia banyak membuat saya tersenyum dan dia telah berjaya membuka hati saya untuk memasuki gerbang perkahwinan. Syukur, ya Allah..
Tanggal 26 April 2013, dalam kesibukan saya sebagai seorang pelajar, saya selamat diijabkabulkan dengan my one and only chenta hati. Sesungguhnya, perasaan ketika itu tidak dapat diungkap dengan kata-kata, saat lafaz 'aku terima nikahnya Nurulhazirah binti Mohd Hasbi..', air mata ini jatuh.rasa syukur yang menggunung saya panjatkan kepada Allah, rasa gembira dan tidak terkecuali rasa sayu saat abah meminta izin menyerahkan saya pada si suami.
Itu cerita bulan April, fasa baru kehidupan setelah bergelar isteri.sesungguhnya, yang halal itu teramat indah.
;)..
Oklah, celoteh kali ini sampai di sini saja..bertemu lagi di lain entri ye kawan2 semua!
xoxo, Zira

No comments:
Post a Comment